Anda di sini

Jalan ditenggelami air

Advertisement
 Keadaan banjir kilat di kawasan Jalan Batu 6, Jalan Bintulu-Miri pagi semalam.
TENGGELAM: Keadaan banjir kilat di kawasan Jalan Batu 6, Jalan Bintulu-Miri pagi semalam.

BINTULU: Beberapa jalan utama di bandar Bintulu ditenggelami air sedalam 0.4 hingga satu meter berikutan hujan lebat melanda bahagian ini sejak malam kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Mohamad Meramit mengesahkan antara kawasan terjejas teruk ialah Taman Villa, Jalan Sebiew dan Batu 6, Jalan Bintulu-Miri.

“Anggota kita bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kenaikan paras air di kedua-dua kawasan antara jam 5 dan 7 pagi semalam,“ katanya di sini semalam.

Menurutnya, setakat tengah hari semalam paras air mencatatkan penurunan dan dijangka terus menurun sekiranya cuaca dalam keadaan baik.

Difahamkan parit dan aliran air tersumbat, ditambah pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo giat dijalankan di laluan terbabit antara faktor utama menyebabkan berlaku limpahan air parit.

“Kami melakukan pemantauan dari semasa ke semasa berhubung kejadian banjir di sini memandangkan sekarang musim tengkujuh dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan,“ katanya.

Beliau berkata, setakat ini belum berlaku sebarang kes pemindahan di sini melibatkan kejadian banjir.

  • oleh
  • Advertisement