Anda di sini

Empat Ahli Parlimen Sabah dijangka letak jawatan 

Advertisement

KOTA KINABALU: Empat Ahli Parlimen Umno Sabah dijangka meletak jawatan dari parti Umno hari ini.

Bagaimanapun, tiada pengesahan daripada empat wakil rakyat berkenaan, iaitu Ahli Parlimen Kudat Datuk Abdul Rahim Bakri, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd DUN, Ahli Parlimen Libaran Datuk Zakaria Mohd Edris dan Ahli Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee.

Setiausaha Perhubungan Umno Datuk Seri Panglima Masidi Manjun ketika dihubungi berkata, "setakat ini ia hanya satu spekulasi."

"Dalam mana-mana pembubaran, tidak boleh dibuat oleh pemimpin parti itu sendiri," katanya.

Umno Sabah dijangka mengadakan mesyuarat hari ini.
 

Advertisement