Anda di sini

Datuk cabul cucu diberkas polis

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Polis berjaya mengambil tindakan pantas menangkap seorang lelaki kira-kira satu jam selepas suspek dipercayai mencabul seorang kanak-kanak perempuan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, mangsa yang berumur 13 tahun itu juga adalah cucu kepada suspek.

Menurutnya, suspek yang berumur 41 tahun itu adalah bapa saudara kepada ibu mangsa dan semasa kejadian ibu bapa mangsa tidak berada di rumah.

"Kejadian berlalu kira-kira jam 6.45 pagi pada Ahad lepas di sebuah rumah di Taman Bukit Setia Jalan Sepanggar dekat sini.

"Mangsa sedang tidur bersama adik lelakinya yang berumur tiga tahun dan ibu bapa mangsa tiada di rumah semasa kejadian berlaku. 

"Selepas kejadian itu, mangsa dibantu oleh jirannya untuk menghubungi pihak polis, katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat, jika sabit kesalahan. 

Habibi berkata, suspek kini direman untuk membantu siasatan.

  • oleh
  • Advertisement