Anda di sini

Budak Syria lahir tanpa kaki berjalan dengan kaki prostetik baharu

Advertisement
 Maya bergambar di sisi kaki prostetiknya yang dihiasi dengan bendera Turki di dalam sebuah khemah di kem ‘Orang Pelarian Dalaman’ (IDP) di Serjilla, barat laut Syria, bersebelahan pintu sempadan Bab al-Hawa dengan Turki, kelmarin. — Gambar AFP
‘KAKI’ BAHARU: Maya bergambar di sisi kaki prostetiknya yang dihiasi dengan bendera Turki di dalam sebuah khemah di kem ‘Orang Pelarian Dalaman’ (IDP) di Serjilla, barat laut Syria, bersebelahan pintu sempadan Bab al-Hawa dengan Turki, kelmarin. — Gambar AFP

SERJILLA: Maya Merhi yang berusia lapan tahun terpaksa berdepan kesukaran di sekitar sebuah kem penempatan rakyat Syria dengan anggota badan palsu yang dihasilkan daripada saluran plastik dan tin.

Namun sekarang budak perempuan itu, yang dilahirkan tanpa kaki akibat keadaan kongenital, sedang berjalan dengan kaki prostetik baharu selepas menjalani rawatan di Turki.

Gambarnya, termasuk yang diambil oleh AFP di Syria, telah dilihat di seluruh dunia pada Jun lepas, dan dia telah dibawa ke Istanbul untuk prosedur yang mengubah kehidupannya.

Memakai baju panas merah jambu dan kasut yang sepadan, Maya pada Sabtu lepas telah mampu buat kali pertamanya untuk berjalan di sepanjang jalan raya  yang mempunyai kesan tapak kenderaan di kem Serjilla selepas balik semula ke sana.

Akhirnya dia dapat me-nyertai permainan dan menari dengan kanak-kanak lain.

“Saya berasa sangat gembira apabila saya melihat dia berjalan,” kata bapa-nya Mohammed, duduk di dalam khemah sementara mereka.

“Seluruh keluarga dan semua orang tersayang kami berasa sangat gembira.”

Mohammed mengalami keadaan yang sama dengan anak perempuannya, di-kenali sebagai kudung kongenital yang bermakna se-seorang itu dilahirkan tanpa anggota bawah badan.

Dia menyimpan prostetik buatan sendiri yang dia gunakan untuk bergerak di dalam kem.

Berasal dari Aleppo, bapa dan anak itu terpaksa berpindah ke wilayah Idlib yang ditawan oleh pemberontak ketika perang saudara di Syria mula berlaku di sekitar kediaman mereka.

Selepas gambar mengenai kesukaran Maya mencetuskan perhatian di seluruh dunia, pihak Bulan Sabit Merah Turki telah campur tangan.

Bapa dan anak itu dipindahkan dari Syria oleh pihak berkuasa Turki dan dibawa ke Istanbul untuk rawatan di sebuah klinik pakar.

Mohammed turut me-nerima kaki prostetik, namun mengakui bahawa dia masih belum dapat menyesuaikan diri de-ngannya seperti mana anak perempuannya.

Duduk di atas tilam tebal, anak perempuannya membuka plastik kaki palsunya dan memasangnya.

“Pada awalnya terdapat kesukaran untuk memakainya,” kata bapa saudaranya  Hussein, yang menemani saudara lelaki dan anak saudaranya ke Turki.

“Dengan tiba-tiba dia mendapati dirinya berdiri dengan kaki prostetik baharunya.” — AFP

Advertisement