Anda di sini

Barang seludup berjaya dirampas

Advertisement
MINUMAN keras pelbagai jenama yang berjaya dirampas dalam operasi khas berkenaan.
MINUMAN keras pelbagai jenama yang berjaya dirampas dalam operasi khas berkenaan.

KOTA KINABALU: Sejumlah barangan dianggarkan bernilai RM247,900 dipercayai barang seludup berjaya dirampas Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah dalam satu operasi khas pada Selasa.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, operasi berkenaan dijalankan di kawasan Sungai Kampung Sarap Menumbok, Kuala Penyu sekitar jam 12.15 tengahari.

Katanya, kesemua rampasan terbabit dipercayai hasil aktiviti penyeludupan barang bercukai.

"Antara barangan yang dirampas termasuklah minuman keras pelbagai jenama dipercayai dibawa dari Pulau Labuan dengan menggunakan sebuah lori dan van.

"Bagaimanapun, kesemua suspek berjaya melarikan diri menggunakan bot laju semasa operasi itu," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas kedua-dua kenderaan yang digunakan untuk menyimpan minuman keras bersama tiga telefon bimbit pelbagai jenama.

Pihaknya membawa kesemua barangan rampasan terbabit ke Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah.

Katanya, kes berkenaan disiasat lanjut di bawah Akta Kastam 1967.

  • oleh
  • Advertisement