Anda di sini

Arab Saudi tolak permohonan ekstradisi ke Turki

Advertisement
 Askar Arab Saudi dalam kenderaan perisai mengawal pintu masuk ke Istana Diriya di ibu negara Arab Saudi  sewaktu sidang kemuncak Majlis Kerjasama Teluk (GCC) kelmarin. Riyadh menganjurkan perhimpunan tahunan itu ketika krisis mula timbul berhubung pertikaian selama 18 bulan dengan Doha, peperangan di Yaman dan pembunuhan Khashoggi di dalam konsulat negara itu di Istanbul. — Gambar AFP
KAWALAN KETAT: Askar Arab Saudi dalam kenderaan perisai mengawal pintu masuk ke Istana Diriya di ibu negara Arab Saudi sewaktu sidang kemuncak Majlis Kerjasama Teluk (GCC) kelmarin. Riyadh menganjurkan perhimpunan tahunan itu ketika krisis mula timbul berhubung pertikaian selama 18 bulan dengan Doha, peperangan di Yaman dan pembunuhan Khashoggi di dalam konsulat negara itu di Istanbul. — Gambar AFP

RIYADH: Menteri luar Arab Saudi kelmarin menolak permintaan untuk mengekstradisi beberapa suspek dikaitkan dengan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi seperti yang diingini oleh Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.

“Kami tidak akan meng-ekstradisi rakyat kami,” Adel al-Jubeir memberitahu satu sidang media di Riyadh pada hujung persidangan bagi negara-negara Majlis Kerjasama Teluk.

Erdogan telah beberapa kali menyeru kepada Arab Saudi agar menyerahkan suspek  dalam pembunuhan wartawan penentang tersebut.

Khashoggi, seorang pe- nyumbang Arab untuk Wa-shington Post, telah dibunuh sejurus selepas memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober.

Sebuah mahkamah Turki pada Rabu lepas mengemukakan beberapa waran tangkap untuk bekas ketua perisikan Arab Saudi Ahmad al-Assiri dan bekas penasihat kepada mahkamah diraja Saud al-Qahtani, di atas permintaan ketua pendakwa raya Istanbul.

Assiri sering duduk se-masa mesyuarat tertutup oleh Putera Mohammed dengan golongan kenamaan asing yang melawat serta Qahtani merupakan penasihat utama kepada putera mahkota.

Kedua-dua mereka telah dipecat selepas Riyadh mengakui Khashoggi telah dibunuh di dalam konsulatnya.

“Pihak berkuasa Turki tidak berterus-terang se-perti yang sepatutnya,” kata Jubeir, menyatakan Riyadh telah dikemukakan dengan maklumat yang telah di-       bocorkan kepada media.

“Kami telah meminta rakan kami di Turki untuk menyediakan kami dengan bukti yang kami boleh gunakan dalam mahkamah undang-undang. Kami belum mene-rimanya dalam keadaan yang seharusnya diterima.”

Menurut Turki, satu pasukan Arab seramai 15 orang telah dihantar ke Istanbul untuk membunuh Khashoggi.

Erdogan telah menyata-kan arahan untuk membunuh Khashoggi muncul dari peringkat paling tinggi dalam kerajaan Arab Saudi, namun menegaskan ia bukannya Raja Salman.

Pemimpin Turki itu  pada hujung minggu lepas semasa satu perjalanan ke Amerika Selatan mendesak agar Riyadh menyerahkan suspek, namun menyatakan kerajaan itu tidak bekerjasama.

Riyadh telah menahan 21 suspek dalam kes pembunuhan tersebut.

Di sebalik spekulasi bahawa putera mahkota yang berkuasa mengarahkan pembunuhan, Arab Saudi telah menafikan sepenuhnya bahawa beliau terlibat.

Pembunuhan itu menjejaskan reputasi antarabangsa Riyadh dan beberapa negara Barat termasuk AS, Perancis dan Kanada telah me-ngenakan sekatan terhadap hampir 20 rakyat Arab.

Qahtani adalah antara 17 rakyat Arab yang disasarkan oleh sekatan yang dikenakan oleh Jabatan Perbendaharaan AS pada pertengahan November bagi “peranannya dalam membuat persiapan untuk operasi” terhadap wartawan tersebut. — AFP

Advertisement