Anda di sini

Lelaki parah dipukul guna tombak

Advertisement

PENAMPANG: Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas dipukul menggunakan tombak oleh bapa saudaranya di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata kejadian awal berlaku apabila mangsa dalam perjalanan menuju ke masjid berhampiran kilang roti.

“Mangsa kemudiannya didatangi suspek yang mengatakan ‘pembuyuk’ kepada mangsa secara tiba-tiba sebelum mangsa membalasnya ‘ko la pembuyuk’.

“Akibat marah dengan perkataan itu suspek kemudiannya memukul mangsa menggunakan tombak yang digunakan untuk membersihkan pisang,” katanya.

Haris berkata mangsa mengalami kecederaan patah di bahagian tangan kiri semasa mempertahankan diri dari dipukul di bahagian kepala.

“Mangsa juga terjatuh di dalam longkang semasa dipukul kali kedua menyebabkan luka dan menerima lima jahitan di bahagian dahi, beberapa jahitan di telinga kiri, dan dua jahitan siku kanan,” katanya.

Menurutnya hasil siasatan lanjut mendapati punca kejadian disebabkan suspek yang tidak berpuas hati kerana pernah menipu duitnya sebelum ini.

“Bertindak dengan kejadian kita menahan suspek warga Filipina berumur 61 tahun pada malam Sabtu dan merampas senjata yang digunakan dalam kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement