Anda di sini

Dukun terkenal Brazil didakwa

Advertisement
 Gambar fail 4 April, 2012 menunjukkan Faria bertemu pesakit di ‘hospital kerohanian’ Casa de Dom Inacio de Loyola miliknya di Abadiania, 120 kilometer barat daya Brasilia, ibu negeri Goias. — Gambar AFP
‘PEMINDAHAN KUASA’: Gambar fail 4 April, 2012 menunjukkan Faria bertemu pesakit di ‘hospital kerohanian’ Casa de Dom Inacio de Loyola miliknya di Abadiania, 120 kilometer barat daya Brasilia, ibu negeri Goias. — Gambar AFP

RIO DE JANEIRO: Beberapa wanita telah tampil menuduh seorang dukun Brazil yang dikenali di peringkat antarabangsa, mencabul mereka secara seksual dengan alasan cuba menyembuhkan mereka daripada kemurungan atau masalah lain.

Tuduhan terhadap Joao Teixeira de Faria, 76, lebih dikenali sebagai Joao de Deus (Joao of God) dibuat lewat Jumaat lepas dalam program yang ditonton secara meluas dalam rangkaian Globo Television.

Seorang ahli koreografi Belanda dikenali sebagai Zahira Leeneke Maus dan sembilan wanita Brazil yang kekal tidak dikenali menuduh Faria mengarahkan mereka melakukan aksi seksual ke atasnya, yang ditegaskan sebagai satu-satunya cara untuk ‘memindahkan kuasa’ pembersihannya kepada mereka.

Maus turut memberitahu dalam program tersebut bahawa Faria telah merogolnya.

Akhbar berkaitan O Globo kemudian melaporkan ia telah bercakap dengan dua wanita lain yang memberikan keterangan serupa mengenai pencabulan seksual oleh Faria, menjadikan jumlah mangsanya seramai 12 orang.

Semua wanita tersebut menyatakan mereka berusia 30-an ketika kejadian itu berlaku antara 2010 dan awal tahun ini di ‘hospital kerohanian’ milik Faria di pekan Abadiania, berhampiran dengan bandar utama Brasilia.

Laman sesawang berita G1 di Globo memetik kenyataan daripada perkhidmatan media Faria bahawa dia telah menggunakan kuasanya untuk merawat ribuan orang sejak 44 tahun lepas dan menafikan dengan tegasnya (tuduhan) sebarang amalan yang tidak sepatutnya semasa rawatannya.

Reputasi Faria menular hingga luar Brazil dengan pengikut di Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Australia.

Oprah Winfrey, selebriti dan pengarah televisyen AS, telah melawat Faria pada tahun 2013 untuk melihat sendiri keajaiban dia.

Beberapa syarikat media melakukan siasatan kritikal mengenai dakwaan Faria bagi penyembuhan, dan sebahagian tuduhan sebelum ini yang tidak didedahkan mengenai pencabulan seksual dan salah laku lain di mana Faria tidak pernah didakwa sebelum ini.

Tuduhan terkini disiarkan Globo muncul ketika pembongkaran global bagi salah laku seksual oleh lelaki berkuasa terhadap wanita di bawah kempen #MeToo. — AFP

Advertisement