Anda di sini

Dua disyaki pengedar dadah diberkas di Bintulu 

Advertisement
Zulkipli menunjukkan dadah yang dirampas kepada pemberita pada sidang media hari ini.
Zulkipli menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media hari ini.

BINTULU: Dua lelaki tempatan yang disyaki pengedar dadah diberkas bersama dadah bernilai RM25,000 di Medan Raya di sini pada hari Ahad.

Suspek-suspek yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 40an itu ditangkap oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu sekitar 6 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Zulkipli Suhaili, suspek ditangkap bersama dadah dipercayai jenis syabu, dianggarkan seberat 105 gram, di dalam sebuah kereta yang diletakkan tidak jauh dari sebuah bank.

"Kami percaya bahawa lelaki adalah pembekal (syabu) untuk pasaran tempatan. Kedua-duanya juga positif syabu. 

"Mereka kini ditahan reman untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang media di IPD Bintulu di sini, hari ini.

Zulkipli turut menyeru orang ramai untuk menyalurkan maklumat kepada polis mengenai sebarang aktiviti yang mencurigakan, agar pihaknya dapat menjalankan operasi pencegahan jenayah dengan lebih berkesan.

  • oleh
  • Advertisement