Anda di sini

Bas bawa pelancong Korea terbalik

Advertisement
KEADAAN bas persiaran yang terbalik dalam kemalangan di Jalan Kelawat Kota Belud.
KEADAAN bas persiaran yang terbalik dalam kemalangan di Jalan Kelawat Kota Belud.

KOTA BELUD: Sebuah bas persiaran yang membawa seramai 18 penumpang terbalik dalam kemalangan di Jalan Kelawat dekat sini.

Bas berkenaan difahamkan dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menuju Kota Belud dan membawa pelancong dari Korea.

Semasa menuruni bukit di laluan terbabit, bas persiaran berkenaan terbabas sebelum terbalik kira-kira jam 5.30 petang tadi (Isnin).

SEBAHAGIAN penumpang bas yang terlibat dalam kemalangan itu.
SEBAHAGIAN penumpang bas yang terlibat dalam kemalangan itu.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan pada jam 5.39 petang dan bergegas ke lokasi kejadian membabitkan empat jentera dan 20 anggota bomba.

Kesemua mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan kecemasan dan ambulans sebelum dihantar ke Hospital Kota Belud untuk rawatan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement