Anda di sini

UG KPA kekalkan momentum sebagai pendahulu Liga Trio

Advertisement
 Pemain Evo (dari kiri) Mustahidah Samli, Anuar Hasbi dan Maxwell Chaong.
BERSAING: Pemain Evo (dari kiri) Mustahidah Samli, Anuar Hasbi dan Maxwell Chaong.

KUCHING: Pasukan UG KPA mengekalkan momentum sebagai pendahulu Liga Trio Korporat Megalanes Sarawak susulan kemenangan 15-5 ke atas Al-Bait Bowlers.

Turut beraksi cemerlang Minions menundukkan CJ7 dengan 16-4 naik kedudukan kedua manakala DBKU semakin menghampiri dua pasukan teratas selepas menewaskan Pelita 12-8 dalam satu lagi aksi.

Mencuri tumpuan pasukan Evo yang membelasah MTACYS Bowlers dengan 20-0 untuk membolehkan mereka menghuni tangga keempat liga. Kedudukan kelima pasukan PSKPP yang menang besar 17-3 mengatasi Landas.

Malang buat CJ7 yang jatuh dari tangga kedua ke tangga ketujuh selepas kekalahan di tangan Minions.

Sementara itu, peserta Landas Mohd Fauzi Mohamad masih mengungguli perebutan anugerah ‘Individual High Game’. Beliau dicabar Ahmad Rodzli Hashim mewakili MTACYS Bowlers di kedudukan kedua.

Mohd Fauzi turut mendominasi perebutan ‘Individual High Series’ dan dicabar peserta Al-Bait Bowlers, Sulaiman Mahili berada kedudukan kedua.

Untuk anugerah ‘Team High Game’, Landas masih di hadapan sambil disaingi DBKU manakala Team UG KPA dan PSKPP dalam senarai pertama dan kedua perebutan anugerah Team ‘High Series’.

Advertisement