Anda di sini

Ketua PKR Sabah dijangka diputuskan pada 11 Disember

Advertisement
Anwar ketika mengadakan sidang media selepas mesyuarat bersama pemimpin parti PKR Sabah hari ini.- Gambar Bernama
Anwar ketika mengadakan sidang media selepas mesyuarat bersama pemimpin parti PKR Sabah hari ini. Turut kelihatan, Liew - Gambar Bernama

KOTA KINABALU: PKR dijangka membuat keputusan tentang siapakah yang akan menerajui parti itu di Sabah seawal-awalnya Selasa ini (11 Disember), kata presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ketua cabang parti itu dari Sabah di sini,  beliau berkata biro politik PKR akan bermesyuarat Selasa ini untuk membincangkan perkara tersebut.

“Biro Politik kami bermesyuarat pada setiap Selasa, jadi, mungkin pada Selasa malam (11 Disember)  atau selepas itu (PKR akan mengumumkan kepimpinan negeri yang baharu),” katanya.

Anwar menegaskan beliau akan menghormati keputusan majoriti berhubung kepimpinan parti itu bagi Sabah.

Ahli Parlimen Port Dickson itu seterusnya berkata keputusan beliau untuk menyetujui suara majoriti adalah berlandaskan perlembagaan parti itu, yang mensyaratkan bahawa presiden perlu berunding dengan pemimpin negeri.

“Di kesemua sembilan negeri (termasuk Sabah) yang telah saya lawati (setakat ini), saya mengikut saja, walaupun saya tidak umumkan, kehendak majoriti ketua cabang.

“Kecualilah terdapat kes yang menuntut perhatian khusus, sama ada personaliti berkenaan (bakal ketua) begitu bersifat antagonistik atau bermasalah...tapi, setakat ini, saya tidak nampak ada masalah itu, dan pastinya, tidak di Sabah,” kata beliau.

Menurut laporan, penyandang jawatan pengerusi PKR Sabah Datuk Christina Liew, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, ditentang Ketua Cabang PKR Tawau Datuk Kong Hong Ming bagi memegang jawatan ketua parti itu di negeri ini. - Bernama 

Advertisement