Anda di sini

Bomba tangani masalah jalan ditumpahi diesel

Advertisement
BOMBA sedang memeriksa keadaan tumpahan minyak diesel di lokasi kejadian.
BOMBA sedang memeriksa keadaan tumpahan minyak diesel di lokasi kejadian.

LAHAD DATU: Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu bertindak pantas mengatasi keadaan jalan raya yang ditumpahi minyak diesel di Kilometer 27 Jalan Silam, di sini pada Jumaat.

Kejadian yang disedari pengguna jalan raya itu telah membuat panggilan kecemasan pada jam 2.11 petang dan bomba sampai di lokasi jam 2.28 petang.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu Abu Bakar Teraji berkata setelah mengawal laluan kenderaan, jalan yang ditumpahi minyak itu disiram air dan diletakkan pasir.

Menurutnya, tumpahan minyak itu dipercayai datangnya dari sebuah lori namun hanya kawasan yang terbabit sahaja terlibat.

"Setelah keadaan selamat, barulah jalan dibuka semula untuk laluan kenderaan dan operasi tamat jam 3.13 petang," katanya.

Abu Bakar menasihatkan pengguna jalan raya agar segera menghubungi bomba sekiranya melihat tumpahan minyak berlaku kerana ia boleh membahayakan keselamatan.

  • oleh
  • Advertisement