Anda di sini

Beri pengajaran kepada pelaku kes culik

Advertisement
SHAFIE menyanyikan lagu Parti Warisan Sabah bersama para pemimpin Warisan pada Majlis Penyerahan Borang Keahlian dan Kemasukan Beramai-Ramai Ke Warisan Bahagian Kalabakan di Dewan Sabah Chinese High School Tawau yang turut dihadiri pemimpin dari parti kerajaan yang lain.
SHAFIE menyanyikan lagu Parti Warisan Sabah bersama para pemimpin Warisan pada Majlis Penyerahan Borang Keahlian dan Kemasukan Beramai-Ramai Ke Warisan Bahagian Kalabakan di Dewan Sabah Chinese High School Tawau yang turut dihadiri pemimpin dari parti kerajaan yang lain.

TAWAU: Kerajaan Negeri menuntut Kerajaan Persekutuan supaya lebih ofensif (menyerang) bukannya sekadar defensif (bertahan) dalam menangani isu culik dan tebusan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).
 
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sudah tiba masanya perkara itu dilakukan untuk memberikan pengajaran kepada kumpulan culik dan tebusan (KFR).
 
“Seboleh-bolehnya, sudah sampai masanya untuk kita (Negeri Sabah) yang sebahagian daripada negara ini meminta kepada Kerajaan Pusat supaya tidak lagi menjadi defensif.
 
“Saya yakin kita tidak boleh bergantung pada hanya menjadi defensif seperti selama ini (untuk menangani isu culik dan tebusan), sudah sampai masanya kita ofensif,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika sidang media di sini pada Sabtu, semasa mengulas mengenai isu keselamatan di perairan Esszone melibatkan insiden KFR terbaharu.
 
Menurutnya, perkara itu juga akan menjadi fokus utamanya untuk ditekankan ketika mesyuarat bahagian keselamatan yang akan dipengerusikannya pada 10 Disember kelak.
 
“Penting (juga) untuk kita pastikan supaya mesti ada kerjasama (tanpa corak bertahan) antara pemerintah melibatkan Kerajaan Malaysia, Indonesia dan Filipina,” katanya.

Shafie berkata perkara itu penting kerana dalam kes terbaharu yang berlaku di perairan negara ini, mangsa adalah rakyat Indonesia manakala pelakunya pula warga Filipina.
 
Katanya, perkara itu perlu dilakukan ketiga-tiga kerajaan untuk memberikan pengajaran kepada pelaku kes culik dan tebusan daripada meneruskan aktiviti mereka.
 
“Perlu ada tindakan tegas, kalau kita gabung tenaga, janganlah kita defensif sangat, kita kena ofensif dan seboleh-bolehnya kita kejar mereka, kenapa ada kes culik setiap tahun?
 
“Kita juga tidak mahu berlaku kejadian-kejadian tidak sihat seperti di Timur Tengah sehingga ada perbalahan kaum (menular ke negeri ini),” katanya. 
 
Menyentuh pertemuannya dengan Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau Sulistijo Djati Ismojo pula, Shafie mengesahkan perkara itu.
 
Beliau berkata Kerajaan Negeri akan menilai mekanisme bantuan yang sesuai untuk disalurkan kepada keluarga mangsa culik dan tebusan terlibat.

  • oleh
  • Advertisement