Anda di sini

UPP dijenamakan semula sebagai Parti Sarawak Bersatu

Advertisement
Logo baharu yang dicadangkan selaras penjenamaan semula parti

KUCHING: Pasukan petugas diketuai Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dato Sri Wong Soon Koh mencadangkan nama baharu parti iaitu Parti Sarawak Bersatu (PSB).  

Turut dicadangkan adalah pertukaran logo baharu parti yang memperlihatkan matahari cerah terbit dari horizon Sarawak. 

Berucap pada Persidangan Delegasi Luar Biasa (EDC) UPP hari ini, Soon Koh berkata pasukan petugas akan mendapatkan pendapat dan kelulusan daripada semua delegasi untuk nama dan logo baharu parti ini serta  pindaan mengikut perlembagaan parti. 

“Cadangan untuk mengubah nama dan logo parti telah dicadangkan pada Persidangan Delegasi Tiga Tahun Sekali kedua parti di Sibu pada 7 Julai 2018 untuk imej yang lebih pelbagai kaum. 

“Bagi tujuan itu, satu pasukan petugas telah ditubuhkan untuk melihat cadangan pertukaran nama dan logo parti ini dan mencadangkan diadakan EDC pada hari ini bagi membincangkan dan membuat keputusan mengenai nama dan logo baharu parti. 

“Pasukan pertugas telah berjumpa beberapa kali dan mencadangkan nama Parti Sarawak Bersatu dan logo yang diberikan adalah matahari cerah timbul dari horizon Sarawak,” katanya. 

Tambah Soon Koh sama ada UPP atau PSB, parti katanya tidak akan mengubah ciri-ciri parti yang berbilang kaum. 

“Kami akan sentiasa menjadikan prinsipal pelbagai kaum sebagai kekuatan parti dan akan menolak komunalisme atau perkauman dalam sebarang bentuk. 

“Kami tidak akan goyah dengan emosi dan dan bersikap lebih terbuka untuk menyatukan semua kaum dalam parti kami dan negeri Sarawak,” katanya. 

Dalam pada itu seperti digambarkan dalam cadangan logo baharu parti, dimana tanah Sarawak dengan matahari terbit, ia adalah simbol bahawa PSB adalah parti berasaskan Sarawak yang tulen.

Tiga warna yang digunakan (kuning, hitam dan merah) mewakili warna negeri Sarawak yang mana menggambarkan imej dan pandangan Sarawak yang pelbagai kaum. 

  • oleh
  • Advertisement