Anda di sini

Petani di Kundasang diminta pelbagaikan hasil pertanian

Advertisement
SHAFIE menyempurnakan gimik perasmian.
SHAFIE menyempurnakan gimik perasmian.

KUNDASANG : Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyeru para petani di daerah ini agar mempelbagaikan hasil pertanian setempat dengan mencuba menanam buah-buahan import.

Beliau berkata, perlunya penambahbaikan dan peningkatan kualiti ke arah meningkatkan pengeluaran hasil pertanian supaya dapat dijual bukan sahaja di pasaran tempatan malah ke luar negara.

“Kerajaan melalui Jabatan Pertanian akan membantu untuk membuat kajian ke arah peningkatan produk-produk yang bermutu dan mempelbagaikan produk berasaskan hasil pertanian.

“Di samping itu, kerajaan juga akan memberikan bantuan kepada para petani yang sewajarnya selain membantu dalam mempromosikan hasil-hasil pertanian,"  katanya semasa berucap sempena Majlis Perasmian Pesta Kubis 2018 di sini, pada Jumaat.  

Pada majlis itu, Shafie turut mengumumkan kelulusan peruntukan RM2 juta bagi pembesaran Dewan Mini Kundasang.

Turut hadir Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Ewon Benedick, Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paginatan Datuk Abdin Madingkir dan Pegawai Daerah Ranau Faimin Kamin.-Penerangan.

Advertisement