Anda di sini

Kerajaan masih perhalusi status dermaga negara jiran di sempadan Sebatik

Advertisement
SHAFIE mengesahkan perbincangan sudah diadakan mengenai perkara terbabit dan kerajaan masih memperhalusinya.
SHAFIE mengesahkan perbincangan sudah diadakan mengenai perkara terbabit dan kerajaan masih memperhalusinya.

TAWAU: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan perbincangan sudah dijalankan berhubung status sebenar struktur dermaga konkrit yang dibina oleh Kerajaan Indonesia di perairan Pulau Sebatik.

Pengesahan itu diberikan sebagai menjawab soalan pemberita berhubung kebimbangan sekiranya struktur terbabit sudah melepasi sempadan antarabangsa Malaysia-Indonesia.

Menurut laporan portal akhbar dari negara jiran, dermaga itu turut berperanan sebagai pos Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia dan mula dibangunkan semenjak Mei 2016.

“Perkara ini sudah kita bincangkan dan akan diperhalusi,” kata Shafie, berhubung dermaga sepanjang kira-kira 2.1km itu yang dilaporkan dibina di Sg Pancang, Sebatik Indonesia.

Untuk rekod, Pulau Sebatik diberikan jolokan ‘pulau dua negara’ kerana dikongsi oleh dua negara, iaitu Malaysia dan Indonesia susulan Konvensyen Inggeris-Belanda 1891.

Keluasan pulau terbabit dianggarkan kira-kira 452.2km persegi dengan Sebatik Malaysia meliputi kawasan 187.23km persegi, manakala Sebatik Indonesia pula 246,61km persegi.

  • oleh
  • Advertisement