Anda di sini

Washington pamer perpaduan di acara pengebumian H.W. Bush

 Bush dan isterinya Laura menyertai pengawal kehormat yang mengusung keranda bapanya, H.W. Bush,            ke kereta mayat yang menunggu di luar selepas upacara pengebumian rasmi di Katedral Nasional di Washington kelmarin. — Gambar AFP
PENGHORMATAN TERAKHIR: Bush dan isterinya Laura menyertai pengawal kehormat yang mengusung keranda bapanya, H.W. Bush, ke kereta mayat yang menunggu di luar selepas upacara pengebumian rasmi di Katedral Nasional di Washington kelmarin. — Gambar AFP

WASHINGTON: Wa-shington yang diketuai oleh lima presiden negara yang masih hidup mempamerkan perpaduan kelmarin di acara pengebumian rasmi George Herbert Walker Bush, apabila Amerika Syarikat (AS) mengucapkan selamat tinggal kepada presidennya yang ke-41.

Donald Trump dan isterinya, Melania, duduk di barisan hadapan dalam Ka-tedral Nasional bersama bekas-bekas presiden, Barack Obama, Bill Clinton, Jimmy Carter dan isteri masing-masing manakala barisan pengawal kehormat membawa keranda Bush yang ditutupi bendera ke dalam dewan ibadat yang penuh dengan pembesar.

George W. Bush mengetuk keranda dua kali ketika beliau naik ke pentas untuk menyampaikan eulogi yang bersemangat, sambil menahan sebak ketika beliau memberi pujian kepada bapanya yang juga presiden sebelumnya, selepas beliau meninggal dunia Jumaat lalu pada usia 94 tahun.

“Beliau menunjukkan kepada saya apa maknanya untuk menjadi presiden yang berkhidmat dengan integriti, memimpin dengan keberanian, dan bertindak dengan kasih sayang di dalam hatinya demi warga negara kita,” kata Bush.

“Beliau dilahirkan dengan hanya dua perkara tetap – berusaha habis-habisan, kemudian tidur,” katanya.

“Bagi kita, cahaya beliau adalah yang paling terang daripada ribuan titik cahaya,” katanya yang merujuk kepada seruan utama bapanya kepada kesukarelawanan.

“Apabila buku sejarah ditulis, mereka akan menyatakan George H.W. Bush adalah seorang presiden Amerika Syarikat yang hebat.”

Eulogi Bush menyusuli persembahan daripada tenor Irish, Ronan Tynan – seorang rakan H.W. yang bernyanyi kepadanya pada saat-saat akhir kehidupannya.

Acara pengebumian kelmarin adalah kemuncak kepada penghormatan kebangsaan yang menyaksikan Bush diletakkan di dalam bangunan bulat Capitol AS, di mana ribuan memberi penghormatan kepada seorang negarawan yang mengemudi negara itu pada waktu yang bergolak ter-masuk penamatan Perang Dingin – dalam  gaya yang berbeza sama sekali dengan presiden sekarang. — AFP