Anda di sini

UNIMAS terima sumbangan RM1 juta daripada BPMB

Advertisement
 Salihin menyampaikan replika cek kepada Kadim sambil disaksikan tetamu kehormat lain.
TERIMA KASIH: Salihin menyampaikan replika cek kepada Kadim sambil disaksikan tetamu kehormat lain.

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerima sumbangan RM1 juta daripada Bantuan Kewangan Pendidikan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).

Majlis penyampaian sumbangan itu disempurnakan wakil Ketua Kumpulan Pengurusan Syariah BPMB Mohamad Salihin Deris kepada Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi di UNIMAS baru-baru ini.

Turut hadir timbalan-timbalan naib canselor UNIMAS, pegawai pengurusan tertinggi UNIMAS dan beberapa pegawai kanan UNIMAS.

Sumbangan bantuan kewangan pendidikan yang berjumlah RM1 juta itu diharapkan dapat memberi manfaat dan membantu pelajar UNIMAS yang kurang berkemampuan dan terdiri daripada golongan asnaf agar dapat meneruskan pengajian di situ dengan jayanya.

Advertisement