Anda di sini

SGTA hantar 17 peserta ke Kejohanan Taekwondo MGTF Terbuka Beaufort

Advertisement
 Sebahagian daripada pasukan SGTA yang akan bertanding di Beaufort, Sabah. Turut kelihatan ialah Zaini (kiri), Shafizza (tiga kiri) dan Hidayat (kanan).
SEDIA BERTARUNG: Sebahagian daripada pasukan SGTA yang akan bertanding di Beaufort, Sabah. Turut kelihatan ialah Zaini (kiri), Shafizza (tiga kiri) dan Hidayat (kanan).

SIBU: Persatuan Taekwondo Global Sarawak (SGTA) akan menghantar 17 peserta untuk menyertai Kejohanan Taekwondo MGTF Terbuka Beaufort 2018 di Dewan Pamusa pada 9 dan 10 Disember ini.

Presiden SGTA Abang Ahmad Zaini Abang Fauzan berkata, pasukan SGTA yang masing-masing terdiri daripada enam dari Sibu dan Kuching serta lima dari Mukah akan berlepas ke Sabah pada 7 Disember.

Selain Zaini, pasukan SGTA terdiri daripada Noor Shafizza Yusof selaku pengurus pasukan dan Raden Hidayat Raden Perhan selaku jurulatih.

“Untuk kejohanan ini, kita tidak menyasarkan sebarang warna pingat memandangkan peserta rata-rata muka baharu.

“Kejohanan ini merupakan pendedahan kepada mereka untuk bertanding di luar dan dapat melangkah ke separuh akhir sudah memadai bagi kita,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Peserta SGTA terdiri daripada Ahmad Nazri Abu Bakar, Amran Ali, Shahrul Nizam Morshidi, Syaif Ilmani Salhi, Nur Syakirin Zanudin, Brocklando Lesnar Stalin, Muhammad Ifran Syahm Ramli dan Ashraf Nordiman Norman.

Selain itu, Abang Mohamad Haikal Abang Mohamad Yazid, Falissa Farinna Muhd Zulhairie, Nur Erisya Jefry, Nur Erika Jefry, Nur Izzaty Yahya, Syarfa Salhi, Emeldha Dellalynno Stalin, Syaffiqa Salhi dan Gladys Tiong Yii Ai.

Dua peserta termuda ialah Ashraf dan Haikal yang masing-masing berusia sembilan dan 10 tahun.

Menurut Zaini, peserta ini dipilih pada Kejohanan Taekwondo Sekolah-Sekolah Sarawak Ke-9 dan Jemputan Borneo Ke-7 di Swan Square Sibu pada 10 dan 11 November lepas.

“Kesemua peserta telah menjalani latihan di pusat masing-masing di Sibu, Kuching dan Mukah,” ujarnya sambil menambah, penyertaan pada kejohanan itu juga merupakan akktiviti terakhir SGTA untuk tahun ini.

Zaini turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cawangan Sibu Abdul Rafiddin Majidi atas sumbangan dan sokongan kepada SGTA.

Advertisement