Anda di sini

Rogol: Lelaki kekal dipenjara 29 tahun, 19 sebat

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Padah melakukan perbuatan terkutuk, seorang lelaki yang merogol anak tirinya berusia enam tahun, kekal menjalani penjara 29 tahun dan dikenakan 19 sebat. 

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nurchaya Hj Arshad mengekalkan hukuman itu terhadap perayu yang berusia 34 tahun, setelah mengenepikan rayuan terbabit. 

Terdahulu Timbalan Pendakwaraya Nartiah F. Michell Sambatan menyatakan perayu dijatuhkan hukuman itu oleh Mahkamah Sesyen, selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan. 

Perayu melakukan kesalahan itu pada 22 Jun 2016 di sebuah rumah kampung, daerah Ranau. 

Hukuman yang diperuntukkan penjara minimum sepuluh tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan. 

Semasa rayuan, perayu yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringankan dan menambah sudah bercerai dengan isterinya. 

Bagaimanapun Nurchaya menyoal mengapa perayu merogol mangsa yang hanya berusia enam tahun, lalu mengatakan rayuan berkenaan tidak boleh dipertimbangkan. 

Beliau juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya perayu dikenakan pengawasan polis selama setahun, setelah tamat tempoh pemenjaraan. 

  • oleh
  • Advertisement