Anda di sini

Ng menang hadiah utama Peraduan Beli dan Menang Wipro Unza

Advertisement
 Ng memegang replika kunci kereta pada penyampaian hadiah Peraduan Beli dan Menang Wipro Unza di pasar raya Everrise Batu 4, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Bobby Ho, June, Lau, Alan dan Chin.
BERTUAH: Ng memegang replika kunci kereta pada penyampaian hadiah Peraduan Beli dan Menang Wipro Unza di pasar raya Everrise Batu 4, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Bobby Ho, June, Lau, Alan dan Chin.

KUCHING: Peraduan Beli dan Menang Wipro Unza yang bermula 27 Julai hingga 18 November lalu sampai ke kemuncak acara dengan berlangsungnya majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Berlangsung di pasar raya Everrise Batu 4 di sini semalam, ia menyaksikan penyampaian hadiah kepada pemenang hadiah utama dan 15 pemenang hadiah sagu hati.

Hadiah utama berupa sebuah kereta Perodua Bezza STD 1.0 (Auto) dimenangi Ng Chai Leng.

Manakala 15 pemenang hadiah sagu hati ialah Ngadan George Bery Kadam, Wong Kui Sin, Ho Ing Chiat, Chong Ah Tee, Lim Chan Joo, Izawaty Waynie, Kon Chin Kwong, Sophia Barot, Rasna Mahli, Rosminawaty Ramli, Zelly Chung, Hui Tze Ea’a, Jennie Tay Pek Teng, Jaiton Rubin dan Abdul Wahab.

Kesemua mereka masing-masing membawa pulang hadiah baucar tunai Everrise bernilai RM100 setiap seorang.

Pemenang-pemenang tersebut adalah antara pelanggan yang layak menyertai peraduan dengan syarat pembelian RM30 dan ke atas (dalam satu resit) produk Wipro Unza.

Hadiah-hadiah tersebut disampaikan Pengurus Cawangan Everrise Batu 4 Lau Bee Leng.

Hadir sama, Pengurus Besar Kwong Hing Lee Sdn Bhd Bobby Ho Boon Hee, Pengurus Merchandising Everrise Departmental Store Sdn Bhd June Lee, Pengurus Jualan Wilayah-Malaysia Timur Wipro Unza Malaysia Alan Hooi Yip Leong dan Pengurus Jualan Kawasan Wipro Unza Malaysia Chin Chong Meng.

Peraduan sempena  meraikan sambutan ulang tahun ke-25 pasar raya Everrise, dianjurkan Everrise Departmental Store dan Kwong Hin Lee Sdn Bhd.

Peraduan itu menerima 6,368 penyertaan.

Advertisement