Anda di sini

MV Malaysia Brave mulakan pelayaran sulung dari Pelabuhan Bintulu

Advertisement
 Kapal MV Malaysia Brave yang tiba di pelabuhan Bintulu kelmarin.
PELAYARAN SULUNG: Kapal MV Malaysia Brave yang tiba di pelabuhan Bintulu kelmarin.

BINTULU: Kapal MV Malaysia Brave Pure Car and Truck Carrier (PCTC) atau kapal pengangkut kereta dan lori di bawah agensi Harbour-Link Group Berhad yang membawa muatan berkapasiti 43,810 tan dengan panjang muatan (LOA)180 meter(m) membuat panggilan untuk pelayaran sulungnya di Terminal Pelbagai Guna Pelabuhan Bintulu kelmarin.

Kapal itu tiba di Bintulu dari Pelabuhan Kelang kelmarin dan berlabuh di Terminal Pelbagai Guna pada jam 6 pagi.

Kapal itu kemudiannya berlepas dari Pelabuhan Bintulu pada jam 3 pagi semalam.

Panggilan sulung itu memperuntukkan pelancaran perkhidmatan tetap oleh Harbour-Link Group Berhad.

Pada masa ini syarikat itu mengendalikan dua PCTC Malaysia iaitu MV Malaysia Brave yang membawa kapasiti kereta sedan 3,800 unit dan MV Malaysia Star dengan LOA 151.6m serta membawa kapasiti 16,839 tan kapasiti kasar 1,400 unit kereta sedan.

Kedua-dua kapal ini menyediakan perkhidmatan tetap di rantau Malaysia dengan sasaran dua kapal dipanggil setiap bulan.

Jumlah anggaran sekali pelayaran untuk Bintulu adalah dari 300 hingga 400 unit.

Mulai Disember 2018 dan seterusnya, kapal itu juga akan dipanggil ke Pelabuhan Bintulu bermula dari pelayaran pertamanya dengan melihat pelabuhan alternatif untuk pelanggannya di Sarawak.

Pemilihan Pelabuhan Bintulu oleh Harbour-Link Group Berhad untuk perkhidmatan ini menandakan keyakinan mereka terhadap prestasi operasi Pelabuhan Bintulu dengan perkhidmatan cekap dan penyampaian kemudahan lebih baik yang disediakan oleh pelabuhan itu.

Advertisement