Anda di sini

Lima hilang pesawat tentera AS terhempas di laut Jepun

Advertisement
 Gambar dari udara diambil oleh agensi berita Kyodo semalam menunjukkan                 kapal Pengawal Pantai Jepun berlayar di kawasan di mana dua pesawat tentera AS dilaporkan terhempas dekat pantai wilayah Kochi, Jepun. — Gambar Reuters
LOKASI NAHAS: Gambar dari udara diambil oleh agensi berita Kyodo semalam menunjukkan kapal Pengawal Pantai Jepun berlayar di kawasan di mana dua pesawat tentera AS dilaporkan terhempas dekat pantai wilayah Kochi, Jepun. — Gambar Reuters

TOKYO: Operasi dijalankan semalam untuk menyelamatkan lima anggota marin Amerika Syarikat (AS) yang hilang selepas dua pesawat tentera AS terhempas dalam operasi mengisi semula minyak di perairan pantai Jepun, kata menteri pertahanan Jepun.

Soerang anggota kru sudah diselamatkan dan dipercayai dalam keadaan stabil, kata Takeshi Iwaya kepada pemberita.

Seorang jurucakap bagi Pasukan Pertahanan Diri Jepun (SDF) berkata seorang lagi anggota kru sudah dijumpai tetapi tiada maklumat segera diterima mengenai keadaan anggota marin itu.

“Pesawat dan kapal tentera AS dan Pasukan Pertahanan Diri Jepun sedang mencari mereka yang masih hilang. Saya harap semua anggota akan diselamatkan secepat mungkin,” ujar Iwaya.

Anggota marin terbabit sedang menjalankan “latihan jadual tetap” apabila nahas berlaku sekitar jam 2 pagi waktu tempatan, Pasukan Ekspedisi Marin Ketiga menyebut dalam satu kenyataan.

Jet pejuang F/A-18 yang membawa dua kru dan pesawat tangki KC-130 mengisi semula minyak yang membawa lima kru – terhempas ke dalam laut kira-kira 100 kilometer dari tanjung Muroto di barat daya Jepun, kata Iwaya.

Anggota kru yang dise-lamatkan menaiki jet pejuang tersebut, menteri itu mengesahkan.

SDF Jepun mengerahkan sembilan pesawat dan tiga kapal untuk mencari mangsa, katanya.

“Kami berterima kasih di atas usaha Tentera Pertahanan Diri Maritim Jepun apabila mereka dengan segera bertindak dengan operasi mencari dan menyelamat,” kata Pasukan Marin.

Seorang jurucakap pasukan pengawal pantai Jepun berkata enam kapal dan sebuah pesawat telah dihantar secara berasingan untuk membantu dalam usaha menyelamat.

Tidak banyak maklumat diterima mengenai keadaan di sebalik apa yang digambarkan oleh Pasukan Marin sebagai satu “kejadian yang tidak diingini” dan siasatan sedang dijalankan.

Ketika menjalani operasi mengisi semula minyak oleh pesawat KC-130, pesawat tangki minyak berkenaan mengekori hos dari belakang pesawat dengan apa yang dipanggil sebagai “drogue”, yang berbentuk sedikit seperti kon angin, pada hujung.

Jet pejuang itu kemudian memasuki alat ke dalam “drogue” itu untuk menerima bahan bakar, yang ia dapat buat pada kadar sebanyak 3,000 paun seminit, menurut satu kertas yang disediakan untuk Kongres AS.

Tentera AS mempunyai kira-kira 50,000 anggota tentera di Jepun dan kemalangan biasa berlaku.

Pada November lepas, sebuah jet pejuang tentera laut AS terhempas ke dalam laut perairan Pulau Okinawa di selatan Jepun dan dua anggota krunya berjaya diselamatkan.

Pada November 2017, sebuah pesawat ‘Greyhound’ C-2A yang membawa 11 orang terhempas di Laut Filipina – lapan diselamatkan dan usaha mencari ditamatkan bagi tiga orang lagi selepas mencari selama dua hari.

Tentera AS turut mengalami masalah dengan helikopter Osprey, yang melakukan beberapa pendaratan kecemasan, menyaksikan satu nahas yang menyebabkan kematian, dan sebahagian helikopter itu jatuh ke dalam pekarangan sebuah sekolah Jepun.

Insiden itu telah memburukkan lagi ketegangan antara dua sekutu tentera yang erat, Washington dan Tokyo, dan membawa kepada protes untuk membantah penggunaan helikopter Osprey oleh penduduk yang tinggal dekat markas AS.

Iwaya berkata insiden itu “dikesali tetapi setakat ini kita sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka yang masih hilang”.

Nanti, selepas kita tahu lebih lanjut tentang nahas itu, kita akan mengambil langkah sewajarnya,” tambah Iwaya.

Yoshihiko Fukuda, datuk bandar Iwakuni yang menempatkan markas AS di mana dua pesawat terbabit berpangkalan, memberitahu dewan bandar raya bahawa beliau sudah meminta tentera untuk menghentikan operasi sehingga punca kemalangan itu menjadi jelas.

“Saya menggesa kepada kerajaan dan tentera AS untuk mengambil langkah terperinci bagi mencari punca nahas dan mencegah kejadian itu daripada berulang lagi,” kata Fukuda.

Duta AS di Jepun, Bill Hagerty, berkata beliau menyampaikan “doa dan fikiran yang tulus ikhlas kepada keluarga dan rakan mangsa yang masih hilang” selain memuji tindakan Jepun. — AFP

Advertisement