Anda di sini

Larian SACOFA dapat sokongan padu

Advertisement
 Zaid (enam kiri) merakam kenangan bersama para penaja selepas majlis penyerahan tajaan.
SOKONGAN PADU: Zaid (enam kiri) merakam kenangan bersama para penaja selepas majlis penyerahan tajaan.

KUCHING: Pelbagai syarikat korporat tempatan termasuk dari Semenanjung Malaysia dan India tampil menghulurkan sokongan terhadap Larian SACOFA ‘Connecting With The Community’ 2019 dijadual berlangsung pada 6 Januari depan.

Pengarah Urusan SACOFA, Zaid Zaini berkata setakat ini sejumlah RM245,000 tajaan berjaya dikumpul hasil sumbangan 16 syarikat terbabit.

Katanya, jumlah penyertaan terhadap larian julung kali diadakan itu juga amat menggalakkan dengan seramai 3,316 peserta dari pelbagai agensi kerajaan, badan korporat, syarikat swasta dan orang awam telah pun mendaftar untuk turut serta.

“Kita amat terkejut dan gembira dengan penyertaan begitu menggalakkan dari orang ramai dan penaja terhadap SACOFA ‘Connecting With The Community’ Run 2019.

“Pada asalnya kita hanya menyasarkan 2,000 peserta memandangkan ini program larian pertama anjuran SACOFA. Selepas berbincang dengan pihak pengurusan Grit Event Management, kita bersetuju untuk membuka penyertaan sehingga 3,500 peserta.

“Kebanyakan penaja merupakan rakan pembekal dan kontraktor yang menjalin perniagaan bersama kita. Mereka merupakan syarikat dengan reputasi tinggi dengan rekod cemerlang dan konsisten dalam memberikan perkhidmatan berkualiti dan selamat,” katanya berucap pada majlis penyerahan tajaan di sini semalam.

Menurutnya, SACOFA juga menyediakan slot percuma kepada badan-badan kebajikan seperti Persatuan Austistik Kuching, Sarawak AIDS Concern Society, Pertubuhan Thalassemia Sarawak, Sarawak Life Care Society dan Persatuan Orang-Orang Pekak Sarawak.

Tambah Zaini lagi, pihaknya juga bercadang untuk menjadikan larian itu sebagai aktiviti tahunan SACOFA susulan sambutan menggalakkan terhadap edisi pertama tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Grit Event Management, Awang Saifeluddin Awangku Karim berkata peserta larian juga termasuk dari negara jiran Brunei Darussalam dan Indonesia.

Larian akan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu 3km, 5km dan 10km dengan pelepasan pertama pada jam 6 pagi bermula dari Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama.

Pek larian boleh diambil bermula 4 hingga 5 Januari di Pusat Beli-Belah Sarawak Plaza.

Untuk maklumat lanjut layari gritevent.com/sacofarun atau hubungi Josh Tan (016-8882794) atau SACOFA (082-230239).

  • oleh
  • Advertisement