Anda di sini

Kumpulan U2, Coldplay ungguli senarai pemuzik dengan bayaran tertinggi Forbes Ed Sheeran, Bruno Mars, Katy Perry lengkap ‘Top 5’

Advertisement
 

KUMPULAN rock Ireland U2 mengungguli senarai pemuzik dengan bayaran tertinggi majalah Forbes untuk tahun 2018, terima kasih sebahagiannya kerana jelajah dunia ‘Joshua Tree’ yang berjaya oleh kumpulan itu bagi meraikan album klasik mereka pada 1987.

Menurut Forbes, jelajah itu membantu kumpulan mengutip AS$118 juta dalam pendapatan sebelum cukai dari 1 Jun 2017 hingga 1 Jun 2018.

Persembahan menonjolkan lagu-lagu hit terkenal dari album ‘The Joshua Tree’ termasuk ‘Where the Streets Have No Name’, ‘With or Without You’ dan ‘I Still Haven’t Found What I’m Looking For’.

Pendapatan kumpulan itu juga turut termasuk perolehan daripada satu lagi jelajah baharu iaitu ‘Experience + Innocence’.

Kumpulan British Coldplay menyusul di tempat kedua dalam senarai Forbes dengan AS$115.5 juta, kebanyakannya daripada jelajah ‘A Head Full Of Dreams’ mereka.

Berbilion-bilion striming membantu penyanyi British berumur 27 tahun Ed Sheeran menduduki tempat ketiga dengan AS$110 juta. Diikuti oleh Bruno Mars dengan AS$100 juta dan Katy Perry dengan AS$83 juta. — Reuters

Advertisement