Anda di sini

Jualan mega hujung tahun Standard Kitchen hingga 9 Disember

Advertisement
 Standard Kitchen mengadakan jualan mega hujung tahun dengan potongan harga sehingga 60 peratus bagi barangan perkakasan dapur.
JUALAN MEGA: Standard Kitchen mengadakan jualan mega hujung tahun dengan potongan harga sehingga 60 peratus bagi barangan perkakasan dapur.

KUCHING: Standard Kitchen mengadakan jualan mega hujung tahun selama empat hari bermula semalam, 6 Disember hingga Ahad ini, 9 Disember 2018.

Jualan mega hujung tahun ini menawarkan pelbagai produk perkakasan dapur  dengan potongan harga sehingga 60 peratus.

Menurut jurucakap Standard Kictchen, selain perkakasan dapur, jualan mega ini turut menawarkan potongan harga sebanyak 20 peratus ke atas kabinet  dapur.

Tawaran ke atas kabinet dapur ini katanya sah sepanjang bulan Disember ini  di kedua-dua cawangan Standard Kitchen yang terletak di Matang dan Batu 3.

 Perkakasan dapur jenama Rubine antara yang banyak dibeli oleh pelanggan.
DISUKAI RAMAI: Perkakasan dapur jenama Rubine antara yang banyak dibeli oleh pelanggan.

Dalam pada itu susulan insiden letupan di CityOne Megamall baru-baru ini, Standard Kitchen turut menawarkan khidmat pemasangan normal percuma kepada pelanggan  bagi pembelian mana-mana Cooker Hood atau Kitchen Hood.

Antara jenama yang tidak harus dilepaskan oleh pelanggan pada jualan empat hari ini  semestinya perkakasan dapur Rubine dan Robam.

Alat ketuhar atau oven dan juga microwave jenis pasang siap turut ditawarkan di Standard Kitchen ini dengan pelanggan boleh menguji sendiri penggunaan alat ini.

Standard Kitchen juga bakal memperkenalkan model baharu produk  jenama Robam iaitu Cooker Hood dan Kitchen Hood jenis sentuhan skrin berdefinisi tinggi (HD) yang akan tiba pada tahun depan.

Tempahan awal boleh dibuat di Standard Kitchen dengan harga RM3,999 berbanding harga biasa RM4,388.

Istimewanya model baharu ini ia turut disertakan dengan resipi masakan dan membersihkan udara di ruangan dapur.

 Antara set meja makan menarik yang boleh didapati di Standard Kitchen.
ISTIMEWA: Antara set meja makan menarik yang boleh didapati di Standard Kitchen.

Bagi pelanggan yang membuat pembelian ke atas kabinet dapur pula, Standard Kitchen akan memberikan aksesori dapur percuma tertakluk kepada terma dan syarat.

Lebih daripada tujuh set meja makan turut dipamerkan  di Standard Kitchen Cawangan Matang di sini untuk pilihan para pelanggan.

Tawaran lain termasuklah sinki yang diperbuat daripada batu granit yang menjadi pilihan ramai pengguna masa kini.

Sebarang pertanyaan atau tempahan juga boleh hubungi Standard Kitchen di talian 082-456669 (Cawangan Batu 3) dan 082-544369 (Cawangan Matang).

Advertisement