Anda di sini

Everrise Vivacity anjur ‘Pesta Coklat’

 Everrise Vivacitiy pelawa penyertaan peminat coklat sempena ‘Pesta Coklat’.
JOM SERTAI KAMI: Everrise Vivacitiy pelawa penyertaan peminat coklat sempena ‘Pesta Coklat’.

KUCHING: Pasar Raya Everrise di Pusat Beli-Belah Vivacity mengadakan ‘Pesta Coklat’ yang menawarkan hadiah menarik kepada pelanggan.

Pesta itu diadakan dari 3 Disember hingga 1 Januari 2019 di Everrise Vivacity di sini.

Antara yang menyertai acara ini Network Food, Kinder Joy, Ferrero Rocher, Beryl’s, Alfredo, dan M&M.

Sepanjang pesta ini, pelanggan akan menikmati harga promosi dan hadiah dengan setiap pembelian.

Selain itu, terdapat rumah Kinder edisi khas yang merupakan hanya satu di Kuching sepanjang pesta tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin mengetahui lanjut mengenai pesta ini boleh mengunjungi Everrise Vivacity.