Anda di sini

Diesel Brothers 4X4 Adventure Club santuni mangsa kebakaran Rumah Usek Sumpit

Advertisement
 Diesel Brothers 4X4 Adventure Club menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Rumah Usek Sumpit di Sungai Keriok, Niah.
DEKAT DI HATI: Diesel Brothers 4X4 Adventure Club menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Rumah Usek Sumpit di Sungai Keriok, Niah.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul, peribahasa itu cukup sinonim dengan betapa susahnya kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya.

Lantaran itu, Diesel Brothers 4X4 Adventure Club menubuhkan tabung misi bantuan untuk mangsa kebakaran Rumah Usek Sumpit di Sungai Keriok, Niah.

Tujuan utamanya adalah untuk  meringankan beban yang ditanggung mangsa.

Dalam kejadian pada 24 November lalu, rumah panjang tersebut dilanda musibah apabila mengalami kebakaran teruk.

Misi bantuan itu yang diketuai Sheldon Asun dan Achim Leong telah menyumbangkan barang-barang keperluan asas seperti beras, air mineral, gula dan pakaian bagi membantu mengurangkan beban mangsa.

Diesel Brothers 4X4 Adventure Club turut mengucapkan terima kasih kepada kelab pacuan empat roda yang lain seperti Sarawak Truckers Society, FROC//BR Sarawak Division, Niah Truckers, Borneo Navara Club, Borneo Triton Club, Baram Offroader Club dan K4D atas bantuan dari segi wang ringgit, tenaga, masa dan sokongan dalam menjayakan aktiviti khidmat masyarakat dan misi bantuan.

Diesel Brothers 4X4 Adventure Club mengharapkan kerjasama seumpamanya dapat diteruskan pada masa akan datang.

Advertisement