Anda di sini

Boca, River akan akhiri kemelut final Copa Libertadores di Madrid

Advertisement
 Pasukan Boca Juniors tiba di Lapangan Terbang Adolfo Suarez Madrid Barajas di Madrid, Sepanyol kelmarin. — Gambar Reuters
TIBA AWAL: Pasukan Boca Juniors tiba di Lapangan Terbang Adolfo Suarez Madrid Barajas di Madrid, Sepanyol kelmarin. — Gambar Reuters

MADRID, Sepanyol: Boca Juniors tiba di Sepanyol Rabu lepas ketika mereka membuat persediaan untuk menamatkan kemelut final Copa Libertadores sejak dua minggu lepas ekoran kekacauan penyokong yang menyebabkan perlawanan tersebut menjadi tanda-tanya.

Pemain Boca disambut oleh sekumpulan penyokong mereka di luar hotel kediaman di Madrid ketika membuat persediaan untuk akhirnya melengkapkan perlawanan final kedua menentang seteru lama, River Plate di Stadium Santiago Bernabeu Ahad ini, dengan kedudukan terikat 2-2 dari perlawanan pertama yang berlangsung di gelanggang Boca hampir sebulan yang lalu.

Perlawanan kedua telah tertangguh sejak penyokong River menyerang bas pasukan Boca beberapa jam sebelum perlawanan yang dijadualkan pada 24 November di Stadium El Monumental.

Pasukan River juga berlepas dari Buenos Aires petang Rabu dengan Boca sudah lebih awal tiba untuk persediaan perlawanan terbesar mereka dalam sejarah bola sepak Argentina yang akan berlangsung di venue di mana kedua-dua pasukan pada awalnya enggan sertai.

Pada hujung minggu lepas, River menyertai Boca dengan berkata ia “tidak masuk akal” di mana perlawanan itu dipindahkan ke Sepanyol dengan menegaskan kelab tidak mempunyai tanggungjawab untuk “masalah operasi keselamatan” untuk perlawanan berprofail tinggi di Buenos Aires.

Pada hari Selasa, bintang Boca, Juan Roman Riquelme menyelar keputusan memindahkan perlawanan ke Sepanyol dan berkata ia akan menjadikan salah satu pertemuan dua kelab berjiran paling ganas sebagai “perlawanan persahabatan paling mahal dalam sejarah”.

“Final ini kehilangan sedikit magis,” kata Cristian Farfalla, seorang penyokong Boca, yang juga berkunjung ke Sepanyol untuk perlawanan itu.

“Secara jujurnya, saya lebih suka perlawanan berlangsung di sini (Argentina). Tetapi di sana (Madrid) saya mempunyai peluang untuk datang dan melihatnya, sesuatu yang biasanya tidak akan dapat dilakukan.”

Pada hari Isnin, kedua-dua kelab menjual 5,000 tiket kepada penyokong di Argentina pada nilai 3,600 pesos atau 84 euro, satu suku dari purata gaji penduduk Argentina.

Sementara di Sepanyol, 20,000 tiket dijual kepada penyokong Boca di luar Argentina dan satu sumber yang rapat kepada penganjur perlawanan memberitahu AFP di mana jumlah yang sama juga dijual kepada penyokong River di luar Argentina. — AFP

Advertisement