Anda di sini

Seramai 22 anggota Pemuda UPKO Ranau keluar parti

 Jackson (tengah) semalam mengumumkan keluar parti UPKO bersama 22 anggota Ahli Jawatankuasa UPKO Ranau pada sidang media di Kota Kinabalu. — Gambar Bernama
KELUAR PARTI: Jackson (tengah) semalam mengumumkan keluar parti UPKO bersama 22 anggota Ahli Jawatankuasa UPKO Ranau pada sidang media di Kota Kinabalu. — Gambar Bernama

KOTA KINABALU: Seramai 22 anggota Pemuda UPKO Bahagian Ranau, termasuk ketuanya mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa semalam.

Ketuanya, Jackson Musi berkata keputusan itu dibuat antaranya kerana anggota berkenaan, yang rata-rata anggota jawatankuasa Pemuda UPKO Bahagian Ranau, hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti itu dan akan menyerahkan surat peletakan jawatan dalam parti dalam masa terdekat ini.

“Pada mulanya, kami hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti sejak penubuhan kerajaan campuran bersama Parti Warisan Sabah dan Pakatan Harapan (PH).

“Dan keduanya, khususnya di Ranau, kami telah hilang kepercayaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Paginatan (Datuk Abidin Madingkir)… dia (Abidin) tidak peduli dengan UPKO Bahagian Ranau, hanya fokus kepada kawasan Paginatan,” katanya pada sidang akhbar mengenai pengumuman keluar parti itu di sini semalam.

Jackson turut berkata, perpaduan dalam kala-ngan anggota UPKO juga terjejas sejak pemilihan parti pada 2015 dan menasihatkan kepimpinan parti supaya mengambil tindakan untuk mengu-kuhkan parti itu agar sentiasa relevan.

Beliau berkata anggota yang keluar itu akan berehat sementara daripada politik, namun akan bersifat mesra kerajaan. — Bernama