Anda di sini

Peraturan penggunaan pekerja asing di premis makanan kawasan PPJ dipatuhi

Advertisement
 Dr Aminuddin (berdiri empat kiri) turut serta pada Ops Sesak Warga Asing di Dewan Seri Seroja Presint 15 di Putrajaya semalam. Seramai 37 pekerja kedai makan di sekitar Putrajaya diperiksa dan 10 daripadanya tidak mempunyai dokumen yang sah dan telah tamat tempoh. — Gambar Bernama
TURUT SERTA: Dr Aminuddin (berdiri empat kiri) turut serta pada Ops Sesak Warga Asing di Dewan Seri Seroja Presint 15 di Putrajaya semalam. Seramai 37 pekerja kedai makan di sekitar Putrajaya diperiksa dan 10 daripadanya tidak mempunyai dokumen yang sah dan telah tamat tempoh. — Gambar Bernama

PUTRAJAYA: Premis makanan di kawasan pentadbiran Perbadanan Putrajaya (PPj) didapati mematuhi peraturan berkaitan nisbah kadar penggunaan pekerja asing dan larangan penggunaan warga asing di bahagian hadapan, kata Presiden PPj Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Menurutnya, nisbah pekerja di premis makanan yang ditetapkan adalah 60:40 di mana 60 peratus adalah pekerja tempatan manakala 40 peratus pula warga asing yang hanya dibenarkan melakukan tugasan di bahagian belakang meliputi penyediaan dan lain-lain.

Beliau juga berkata majoriti pengusaha mematuhi larangan penggunaan pekerja warga asing di bahagian hadapan yang dikuatkuasakan perbadanan itu sejak setahun lepas.

“Setakat ini kita dapati ratio atau peraturan larangan pekerja asing di ‘front liner’ (barisan hadapan) dipatuhi,” katanya, serta menegaskan pengusaha yang gagal mematuhi arahan berkenaan akan berdepan tindakan tegas termasuk lesen perniagaan dibatalkan.

Bercakap kepada pemberita selepas menyertai Ops Sesak Warga Asing di Presint 15 di sini semalam, Aminuddin berkata pematuhan itu antara lain disebabkan operasi berterusan yang dijalankan PPj selepas larangan tersebut dikuatkuasakan tahun lepas.

“Lebih daripada sepuluh operasi telah dijalankan bagi menjayakan arahan tersebut berbanding enam kali yang ditetapkan sebagai KPI (petunjuk prestasi utama),” katanya.

Mengenai Ops Sesak Warga Asing itu yang turut disertai penguatkuasa Imigresen, Aminuddin berkata operasi yang bermula sejak jam 6 pagi di Presint 9 dan Presint 15 itu menahan 37 pendatang asing daripada Bangladesh, Pakistan, Indonesia dan Myanmar dengan tiga daripadanya adalah wanita.

Daripada jumlah itu, 27 orang dibebaskan manakala 10 orang yang lain ditahan atas pelbagai sebab seperti permit kerja tamat tempoh, tiada dokumen pengenalan dan tinggal melebihi masa. — Bernama

Advertisement