Anda di sini

Panama anugerah projek jambatan AS$1.4 bilion kepada konsortium China

Advertisement
 Xi (dua kiri) dan Varela melambai ke arah wartawan sambil diapit oleh isteri masing-masing Peng Liyuan (kiri) dan Lorena Castillo (kanan) di hadapan kapal kontena Chinese Cosco Shipping Rose di Cocoli yang baharu dirasmikan di Terusan Panama pada 3 Disember lepas. — Gambar AFP
TINGKAT KERJASAMA: Xi (dua kiri) dan Varela melambai ke arah wartawan sambil diapit oleh isteri masing-masing Peng Liyuan (kiri) dan Lorena Castillo (kanan) di hadapan kapal kontena Chinese Cosco Shipping Rose di Cocoli yang baharu dirasmikan di Terusan Panama pada 3 Disember lepas. — Gambar AFP

KOTA PANAMA: Kerajaan Panama kelmarin meng-anugerahkan kontrak bernilai AS$1.4 bilion (RM5.6 bilion) kepada sebuah konsortium dari China untuk membina sebuah jambatan merentasi Terusan Panama, sehari selepas lawatan oleh Presiden Xi Jinping.  

Jelajah itu merupakan sebahagian daripada usaha China untuk mengembangkan pe-ngaruh politik dan ekonomi di Amerika Latin.

“Panama sedang maju ke hadapan dalam hubungannya dengan China dan tidak syak lagi projek ini yang memula-kan pembinaannya pada hari ini adalah sebahagian daripada mesej itu dan kepercayaan antara kedua-dua negara,” kata Presiden Panama, Juan Carlos Varela.

Tempahan itu akan membolehkan sebuah konsortium yang dipanggil Panama Cuarto Puente, yang terdiri daripada China Communications Construction Company (CCCC) dan unitnya China Harbour Engineering Company (CHEC), untuk mereka bentuk dan membina sebuah jambatan merentasi Terusan Panama.

Bidaan kumpulan itu meng-atasi syarikat lain dari Sepanyol, Itali, Korea Selatan dan China.

Ia merupakan salah satu projek pembinaan terbesar dalam sejarah Panama.

Sewaktu lawatannya, Xi dan Varela menandatangani puluhan perjanjian kerja-sama pembangunan, pelancongan dan infrastruktur untuk menjadikan Panama negara pertama di Amerika Latin yang bekerjasama de-ngan inisiatif pembangunan gergasi ‘Belt and Road’ Beijing yang bernilai berbilion dolar. — AFP

Advertisement