Anda di sini

Kardinal Hong Kong pertahan aktivis prodemokrasi

Advertisement
 Dalam gambar yang diambil pada 19 November 2018,  Chu (dua kiri), Tai (tengah) dan Chan (dua kanan) serta aktivis prodemokrasi lain melaungkan slogan sebelum mereka memasuki Mahkamah Majistret Kowloon Barat di Hong Kong. — Gambar AFP
AKTIVIS PRODEMOKRASI: Dalam gambar yang diambil pada 19 November 2018, Chu (dua kiri), Tai (tengah) dan Chan (dua kanan) serta aktivis prodemokrasi lain melaungkan slogan sebelum mereka memasuki Mahkamah Majistret Kowloon Barat di Hong Kong. — Gambar AFP

HONG KONG: Seorang kardinal yang lantang di Hong Kong semalam mempertahankan aktivis prodemokrasi terkemuka yang menghadapi perbicaraan berhubung rapat umum besar-besaran pada 2014 yang melumpuhkan beberapa bahagian di bandar raya itu, dan memuji komitmen mereka kepada protes aman.

Joseph Zen, bekas Uskup Hong Kong, terkenal kerana tentangan beliau yang lantang terhadap penindasan politik di China serta sokongan beliau kepada pembaharuan demokratik.

Dalam keterangannya sebagai saksi, beliau berkata beliau percaya keingkaran sivil adalah “pendekatan yang munasabah” dan rasa “malu” kerana beliau tidak mengalami semburan lada dan gas pemedih mata yang dihadapi ramai penunjuk perasaan.

Rapat umum itu diadakan selama 79 hari dan menjadi tumpuan berita antarabangsa tetapi pada akhirnya gagal untuk memenangi reformasi politik.

Profesor sosiologi, Chan Kin-man, 59, profesor undang-undang Benny Tai, 54, dan gembala Baptis, Chu Yiu-ming, 74, menghadapi perbicaraan atas tuduhan mengganggu ketenteraman awam berhubung peranan mereka dalam protes Perge-rakan Payung.

Mereka mengasaskan per-gerakan ‘Occupy Central’ pada 2013, dan menuntut penaklukan daerah perniagaan di Hong Kong jika rakyat tidak diberi undi adil bagi pemimpin bandar raya itu, yang dilantik oleh sebuah jawatankuasa yang pro-Beijing.

Kempen mereka diatasi satu pergerakan pelajar yang meledak pada tahun berikutnya apabila polis melepaskan gas pemedih mata ke atas orang ramai yang berhimpun dan menggunakan payung untuk melindungi diri sen-diri.

Zen berkata beliau berpendapat penggunaan gas oleh polis untuk meleraikan orang ramai adalah “tidak bijaksana” dan bimbang ia akan meniupkan lagi kemarahan orang ramai.

“Lalu saya mengambil alat pembesar suara dan berkata ‘mari balik, kita sudah menang, jangan tinggal di sini. Kerajaan tidak rasional, mereka menggunakan keganasan’. Tetapi malangnya tidak ramai orang mendengar saya,” katanya.

Zen memberitahu mah-kamah tentang dedikasi tiga defendan terbabit kepada prinsip protes aman.

“Keingkaran sivil berlaku kerana sejak sekian lama, ketidakadilan dalam masyarakat masih tidak dapat diperbetulkan. Maka itu saya berpendapat keingkaran sivil adalah satu pendekatan yang munasabah.”

Beliau turut menceritakan bagaimana beliau membincangkan kebimbangannya dengan ketua-ketua ‘Occupy’ berhubung bagaimana protes itu akan berkembang.

“Ia seperti pelajar yang mengetuainya tetapi seakan-akan tidak dapat mengawal situasi. Ia nampaknya seperti ketiga-tiga defendan tidak ada peluang lagi untuk memberikan pendapat mereka,” katanya.

Pihak pendakwaan berkata protes besar-besaran itu menyebabkan “kecederaan umum dilakukan kepada orang ramai” yang terjejas disebabkan oleh sekatan jalan utama.

Defendan Chan Kin-man memberitahu mahkamah pada minggu lepas bagai-mana ketiga-tiga mereka cuba menyampaikan keinginan mereka bagi pilihan raya yang kompetitif dengan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Hong Kong, Carrie Lam, ketika itu ketua setiausaha, sebelum rapat umum besar-besaran berlaku.

Namun, daripada meng-adakan perbincangan, Lam “hanya berulang kali meminta kami untuk menamatkan pergerakan ini secepat mungkin”.

Ketiga-tiga lelaki adalah antara sembilan defendan prodemokrasi yang menghadapi tuduhan kerana pe-ranan mereka dalam protes berkenaan.

Jabatan keadilan sudah mendakwa aktivis terkemuka dari protes pada 2014, dan ada yang turut dilarang daripada bertanding untuk jawatan manakala aktivis lain dibuang dari dewan perundangan.

Kebanyakan mereka yang didakwa setakat ini adalah aktivis muda, tetapi sekarang ia adalah giliran generasi lebih tua dengan idea asal untuk menunjuk perasaan di jalanan bagi menuntut sistem lebih adil yang menjadi pelopor bagi rapat umum yang berlaku. — AFP

Advertisement