Anda di sini

Gol Falcao pastikan Monaco keluar dari zon penyingkiran

Advertisement
 Falcao (duak kiri)diasak oleh dua pemain pertahanan Amiens ketika bersaing pada perlawanan Ligue 1 Perancis di Stadium Licorne, Amiens Selasa lepas. — Gambar AFP
TIDAK BERI PELUANG: Falcao (duak kiri)diasak oleh dua pemain pertahanan Amiens ketika bersaing pada perlawanan Ligue 1 Perancis di Stadium Licorne, Amiens Selasa lepas. — Gambar AFP

PARIS, Perancis: Radamel Falcao menjaringkan dua tendangan penalti ketika Monaco menewaskan Amiens 2-0, sekali gus melangkah keluar dari kelompok bawahan Ligue 1 Perancis Selasa lepas.

Penyerang antarabangsa Colombia itu pernah dua kali gagal menyempurnakan tendangan penalti musim ini tetapi tenang menyempurnakan penalti pertama pada minit ke-43 selepas Emil Krafth mengasari Benoit Badiashile.

Pemain pertahanan Amiens, Bakaye Dibassy, kemudian mengasari Falcao pada minit ke-90, membolehkan kapten Monaco itu menyempurnakan penalti kedua pada minit kecederaan.

Henry berkata beliau tidak terlalu gembira dengan kemenangan pasukannya itu.

“Dari pihak kami, semua dari segi cara kami bermain tidak begitu luar biasa tetapi kami bertahan. Nasib baik Falcao ada ketika kami memerlukannya,” kata Henry.

“Kami harus tidak terlampau gembira, kami perlu terus berusaha dan menggunakan aspek positif dari setiap perlawanan untuk memberi inspirasi kepada kami,” tambah beliau.

Kemenangan membolehkan Monaco naik ke tangga ke-17 liga, di hadapan Dijon dan Amiens dengan perbezaan gol dan mengesahkan perubahan kelab sejak di bawah bimbingan Henry dalam beberapa minggu yang lalu.

Pada perlawanan lain, Nicolas Pepe menjaringkan gol ke-10 liga beliau musim ini untuk membantu Lille kembali ke tangga kedua liga selepas menewaskan Montpellier 1-0. Kekalahan menyebabkan Montpellier tercicir ke  tangga ketiga.

Pepe menyempurnakan hantaran lintang Jonathan Ikone seawal minit keenam ketika Lille menamatkan empat perlawanan tanpa menang.

Nice melanjutkan rekod tanpa kalah kepada enam perlawanan selepas seri tanpa jaringan dengan Angers di tempat sendiri.

Penjaga gol Angers, Ludovic Buttelle, dibuang padang pada minit akhir, memaksa pemain tengah, Baptiste Santamaria ditugaskan di pintu gawang selepas Angers menggunakan kesemua tiga kuota pemain gantian. — AFP

Advertisement