Anda di sini

Anggota ‘Texas Seven’ dihukum mati 18 tahun selepas bunuh polis

Advertisement
 Komposit imej yang diambil pada 2 Januari 2001 ini dari laman Internet Jabatan Keadilan Jenayah Texas menunjukkan anggota ‘Texas Seven’ (atas kiri ke kanan) Joseph Garcia, Donald Newbury, George Rivas, Larry Harper, (bawah kiri ke kanan) Patrick Murphy Jr, Randy Halprin dan Michael Rodriguez. — Gambar AFP
DIHUKUM MATI: Komposit imej yang diambil pada 2 Januari 2001 ini dari laman Internet Jabatan Keadilan Jenayah Texas menunjukkan anggota ‘Texas Seven’ (atas kiri ke kanan) Joseph Garcia, Donald Newbury, George Rivas, Larry Harper, (bawah kiri ke kanan) Patrick Murphy Jr, Randy Halprin dan Michael Rodriguez. — Gambar AFP

WASHINGTON: Texas menjalankan hukuman mati ke atas seorang lelaki kelmarin yang, membunuh seorang anggota polis, bersama enam orang lagi yang dikenali sebagai ‘Texas Seven’ dalam siri jenayah pada 2000 sebelum ditangkap sebahagiannya disebabkan oleh program televisyen ‘America’s Most Wanted’.

Joseph Garcia, 47, diberi suntikan maut dan disahkan mati pada jam 6.43 petang waktu tempatan dalam bilik hukuman mati di Hunstville.

Garcia, yang dihukum penjara selama 50 tahun kerana membunuh seorang rakan dalam satu pergaduhan, dan enam banduan lain di penjara kawalan keselamatan Connally di selatan Texas mengambil bahagian dalam satu usaha meloloskan diri dari penjara yang menjadi masyhur.

Lelaki-lelaki itu menyerang pengawal untuk mendapat-kan seragam mereka dan memaksa seorang lagi untuk membuka pintu. Salah seorang bapa banduan tersebut menunggu dalam kereta di luar penjara.

Untuk membiayai perjalanan mereka selepas mereka meloloskan diri, kumpulan ‘Texas Seven’ menyamun premis perniagaan runcit, dan pada Ambang Natal, mereka menyerang sebuah kedai barangan sukan di sebuah bandar pinggiran Dallas.

Ketika mereka lari dari penjara, mereka membunuh Aubrey Hawkins, seorang pegawai polis muda yang dipanggil untuk memberikan bantuan dan ditembak bertalu-talu dan dipukul dengan papan 4x4.

Pihak berkuasa melancarkan operasi memburunya, dengan menawarkan ganjaran AS$100,000 (RM400,000), yang akhirnya meningkat kepada AS$500,000 (RM2 juta) untuk maklumat mengenai kumpulan terbabit.

Selepas tayangan satu episod ‘America’s Most Wanted’ – sebuah program popular yang khusus mencari penjenayah berbahaya – beberapa orang melaporkan pernah terserempak dengan pelari-an itu.

Enam minggu selepas mereka melarikan diri, lelaki-lelaki terbabit dicekup di Colorado, dan seorang daripada mereka membunuh diri sewaktu tangkapan dibuat.

Mereka yang masih hidup didapati bersalah membunuh anggota polis berkenaan dan dijatuhi hukuman mati.

Tiga sudah menjalani hukuman mati manakala dua lagi menunggu masa untuk menjalani hukuman.

Peguam Garcia berkata beliau tidak melepaskan tembakan yang menyebabkan kematian dan oleh yang demikian harus di-selamatkan, dan memfailkan rayuan minit akhir yang tidak berjaya dengan Mahkamah Agung untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman. — AFP

Advertisement