Anda di sini

11 penagih termasuk dua wanita ditahan AADK

Advertisement
PASUKAN penguatkuasa AADK bersama penagih yang ditahan di beberapa kawasan di sini.
PASUKAN penguatkuasa AADK bersama penagih yang ditahan di beberapa kawasan di sini.

BEAUFORT: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menahan 11 penagih termasuk dua wanita dalam beberapa siri serbuan yang dijalankan di sini dan Kuala Penyu, awal pagi Khamis.

Ketua Operasi AADK Erwan Roslan berkata sembilan lelaki dan dua wanita ditahan dalam Ops Cegah yang dilaksanakan di Kampung Bundu, Kilugus, Kuala Penyu serta rumah sewa di sekitar pekan Beaufort.

“Kesemua suspek berumur 18 hingga 60 tahun ditahan selepas ujian air kencing positif dadah.

“Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.

Tambahnya operasi akan dijalankan dari semasa ke semasa dalam usaha mengurangkan kadar penagihan dadah di daerah ini.

Beliau juga mengalu-alukan kerjasama orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat di talian 088- 788 336.

  • oleh
  • Advertisement