Anda di sini

Serlahkan stail & persona anda di Festival Anggun Life bersama selebriti tempatan di Pusat Konvensyen Setia City hujung minggu ini

Advertisement
 Temui ramai selebriti tempatan di festival Anggun Life akan singgah di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam Selangor pada hujung minggu ini (8 & 9 Disember 2018).
MERIAH: Temui ramai selebriti tempatan di festival Anggun Life akan singgah di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam Selangor pada hujung minggu ini (8 & 9 Disember 2018).

FESTIVAL Anggun Life merupakan sebuah platform yang menghimpunkan pelbagai jenama popular, serta menawarkan barangan, fesyen, kecantikan, gaya hidup dan kesihatan di bawah satu bumbung.

Selain itu, Anggun Life juga bertujuan untuk menggalakkan kaum-kaum hawa menceburi bidang perniagaan dengan menjual atau mempromosikan produk-produk tempatan.

Bersempena dengan akhir tahun 2018, festival Anggun Life akan singgah di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam Selangor pada 8 & 9 Disember.

Lebih 100 vendor akan turut serta menjual pelbagai barangan menarik, dan antara selebriti yang turut serta menjadi vendor menjual produk keluaran mereka sendiri di festival Anggun Life ialah Amy Search, Wan Sharmila, Izzue Islam, Mira Filzah, Zulhuzaimy, Syifa Melvin, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi.

Festival Anggun Life kali ini juga akan menerima kunjungan khas oleh beberapa tetamu jemputan selain menampilkan barisan artis Drama Sangat seperti Julia Farhana Marin, Hafidz Roshdi dan Zoey Rahman serta sesi ramah mesra bersama duta Anggun Life iaitu Amar Baharin & Amyra Rosli.

Festival Anggun Life anjuran Media Prima Berhad kali pertama diadakan pada 8 & 9 Jun 2018 yang lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

Advertisement