Anda di sini

Rangka manusia ditemukan di Kg Saga, Numbak

Advertisement
KEADAAN rangka dipercayai manusia yang ditemukan di bawah pokok pisang.
KEADAAN rangka dipercayai manusia yang ditemukan di bawah pokok pisang.

KOTA KINABALU: Satu rangka manusia bersama pakaian lengkap ditemukan di kawasan kebun pisang Kampung Saga, Numbak Manggatal, di sini, pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata rangka terbabit dipercayai sudah terbiar kira-kira tiga minggu berdasarkan pemerhatian terhadap keadaan rangka semasa ditemukan.

"Kejadian disedari seorang lelaki yang sedang mencari jantung pisang di sekitar lokasi kejadian, yang menemukan rangka terbabit di bawah pokok pisang.

"Beliau kemudiannya memberitahu perihal kejadian kepada penduduk kampung berhampiran sebelum laporan polis dibuat," katanya.

Menurutnya rangka yang ditemukan kemudiannya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tindakan selanjutnya.

"Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan terperinci dan mana-mana pihak yang ada kehilangan ahli keluarga diminta untuk datang membuat laporan polis agar tindakan lanjut dapat dilaksanakan," katanya.

  • oleh
  • Advertisement