Anda di sini

PPWE Bintulu rai lebih 200 ahli

Advertisement
 Abang Masleh bersama Azman, Pengiran Daud, Taddy (tengah) dan yang lain memotong kek simbolik perasmian Majlis Makan Malam Hari Keluarga PPWE Bintulu.
KUKUH HUBUNGAN: Abang Masleh bersama Azman, Pengiran Daud, Taddy (tengah) dan yang lain memotong kek simbolik perasmian Majlis Makan Malam Hari Keluarga PPWE Bintulu.

MAJLIS Makan Malam Hari Keluarga Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PPWE) Bintulu diadakan dengan sederhana tetapi tetap meriah dengan pelbagai aktiviti khusus untuk ahli-ahli PPWE pada malam Sabtu lepas.

Majlis itu dihadiri lebih 200 ahli yang mana di samping majlis makan malam turut diadakan adalah cabutan bertuah dan pelbagai aktiviti sampingan lainnya.

PPWE Bintulu yang diterajui Pengerusinya Abang Masleh Abang Mohamad mempunyai 2,966 ahli berdaftar.

Majlis itu turut dihadiri Pegawai Khas Ahli Parlimen Bintulu Azman Abdul Rahman, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Bintulu Taddy Ajin, ahli perniagaan Dato Pengiran Daud Pengiran Putra serta ahli jawatankuasa PPWE Bintulu lainnya.

Advertisement