Anda di sini

Lelaki didakwa seludup migran

Advertisement
AMIR (kiri) diiringi anggota polis selepas selesai prosiding. 
AMIR (kiri) diiringi anggota polis selepas selesai prosiding. 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menyeludup seorang remaja lelaki warga asing berusia 14 tahun. 

Amir Abd Latip, 49, melakukan kesalahan itu pada 11 Oktober hingga 7 November jam 2.45 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), di sini. 

Jika sabit salah mengikut Seksyen 26 A Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007, boleh dikenakan penjara selama 15 tahun atau denda, atau kedua-duanya. 

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang dihadapkan di hadapan Hakim Azreena Aziz. 

Terdahulu Timbalan Pendakwaraya Wan Farrah Farriza Wan Ghazali memohon tarikh baharu, untuk mendapatkan kebenaran kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. 

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 11 Januari tahun hadapan, terhadap Amir yang tidak diwakili peguam. 

Sementara menunggu kes selesai, tiada jaminan diberikan kepada tertuduh dan diperintahkan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah. 

  • oleh
  • Advertisement