Anda di sini

Dua lagi ketua pemisah Catalan sertai mogok lapar

Advertisement
RULL
RULL
FORN
FORN

BARCELONA: Dua ketua pemisah Catalan pada Isnin berkata mereka akan menyertai mogok lapar yang dimulakan oleh rakan mereka ketika mereka menunggu perbicaraan mengenai usaha kemerdekaan Catalonia yang gagal - meningkatkan jumlah yang menolak makanan kepada empat orang.

Josep Rull, pernah bertanggungjawab bagi infrastruktur untuk eksekutif pemisah  di wilayah Sepanyol, serta bekas menteri dalam wilayah Joaquim Forn, telah menolak makanan di penjara Lledo-ners di Catalonia, kata mereka dalam satu kenyataan.

“Kami mengumumkan bahawa kami sedang menyertai bantahan secara aman yang rakan kami, Jordi Sanchez dan Jordi Turull, telah mulakan,” tambah kenyataan itu.

Sanchez, bekas ketua bagi pertubuhan kemerdekaan akar umbi ANC yang berpengaruh, dan Turull, seorang bekas menteri wilayah, memulakan mogok lapar pada Sabtu lepas.

Mereka menuduh Mah-kamah Perlembagaan di Sepanyol tidak mengendah-kan  rayuan mereka terhadap situasi mereka, menghalang mereka pergi ke Mahkamah Hak Asasi Manusia Ero-pah.

Mahkamah Eropah memutuskan bahawa seseorang perlu mengemukakan semua rayuan yang mungkin di tanah air sebelum membawa kesnya ke Strasbourg, di mana ia berpusat.

“Bantahan kami mahupun rakan-rakan kami bukan merupakan mogok lapar bagi meminta layanan istimewa atau diskriminasi positif,” tegas Rull dan Forn dalam kenyataan mereka.

“Ia hanya satu-satunya alternatif yang kami miliki di sini di dalam penjara untuk membuat diskriminasi dan pencabulan hak asasi kami lebih ketara.”

Mahkamah Agung di Sepanyol pada Oktober telah me-ngarahkan seramai 18 bekas ketua pemisah Catalan dihadapkan dalam perbicaraan bagi deklarasi kemerdekaan pada tahun lepas.

Pendakwa raya cuba mendapatkan hukuman penjara selama 25 tahun ke atas tuduhan pemberontakan atau salah guna dana awam dalam usaha pemisahan yang gagal.

Perbicaraan sensitif telah dijangka bermula pada awal 2019 dan akan tertumpu kepada cubaan oleh pemimpin Catalan untuk berpisah dari Sepanyol pada Oktober 2017 dengan mengadakan satu referendum di sebalik pengharaman oleh mahkamah dan kemudian mengiktiraf kemerdekaan.

Seramai sembilan pemisah berada dalam tahanan pra-perbicaraan. Tujuh orang di penjara Lledoners telah ditahan selama antara lapan dan 13 bulan tanpa perbi-caraan. — AFP

Advertisement