Anda di sini

72 ahli kelab motosikal skuter berkelah di Pantai Belawai

Advertisement
 Saiful (enam kanan) dan sebahagian peserta konvoi merakam gambar kenangan bersama Dr Annuar (lima kanan) sebelum berlepas ke Pantai Belawai.
UNTUK ALBUM: Saiful (enam kanan) dan sebahagian peserta konvoi merakam gambar kenangan bersama Dr Annuar (lima kanan) sebelum berlepas ke Pantai Belawai.

SERAMAI 72 ahli kelab motosikal skuter menjayakan program ‘Scooter Picnic’ di Pantai Belawai, Sabtu lalu.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapa’ee menyempurnakan upacara pelepasan para peserta program pada jam 7 pagi di Taman Selera Harmoni di Sibu.

Sebanyak 40 motosikal skuter dan 10 kereta menyertai konvoi ke Pantai Belawai itu.

 Acara tarik tali yang memeriahkan lagi program Scooter Picnic, Sabtu lalu.
SERONOK: Acara tarik tali yang memeriahkan lagi program Scooter Picnic, Sabtu lalu.

Pengerusi Penganjur Saiful Rahim Alias berkata, program itu merupakan julung kali dianjurkan dan ia turut melibatkan ahli keluarga peserta.

Katanya, antara tujuan utama adalah untuk mengumpulkan para belia dari zon tengah seperti Mukah, Sarikei, Binangor, Daro, Matu, Belawai dan Tanjung Manis untuk berkongsi minat yang sama.

“Secara tidak langsung, ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim semasa kita dan para belia di zon tengah ini.

“Selain itu, program seumpama ini juga boleh mencegah belia kita terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat di luar sana,” katanya.

Sementara itu, program ‘Scooter Picnic’ di Pantai Belawai berlangsung meriah dengan pelbagai acara dan aktiviti diadakan, antaranya, tarik tali, santai bersama skuter dan lain-lain lagi.

 Para peserta merakam gambar kenangan bersama jentera skuter masing-masing.
BANGGA: Para peserta merakam gambar kenangan bersama jentera skuter masing-masing.
  • oleh
  • Advertisement