Anda di sini

Angelina Jolie, Brad Pitt akhirnya sepakat mengenai penjagaan anak

Advertisement
 Gambar fail bertarikh 10 September 2017 ini menunjukkan Jolie bersama empat orang anaknya iaitu (dari kiri) Vivienne, Shiloh, Knox Leon dan Zahara semasa Toronto International Film Festival (TIFF) di Toronto.   — Gambar  Reuters
DEMI ANAK: Gambar fail bertarikh 10 September 2017 ini menunjukkan Jolie bersama empat orang anaknya iaitu (dari kiri) Vivienne, Shiloh, Knox Leon dan Zahara semasa Toronto International Film Festival (TIFF) di Toronto. — Gambar Reuters

PASANGAN hebat Hollywood suatu ketika dahulu yang kini dalam proses perceraian iaitu Angelina Jolie dan Brad Pitt telah mencapai satu perjanjian akhir mengenai hak jagaan enam anak mereka, kata peguam Jolie pada Jumaat lalu selepas lebih dua tahun perundingan-perundingan yang selalunya pahit.

“Susunan penjagaan telah dipersetujui beberapa minggu lepas, dan telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan juga hakim,” kata peguam Jolie, Samantha Bley DeJean dalam satu kenyataan kepada Reuters.

“Perjanjian itu, yang berdasarkan kepada cadangan penilai penjagaan anak, menghapuskan keperluan untuk satu perbicaraan. Pemfailan dan butiran perjanjian ialah rahsia untuk melindungi kepentingan terbaik anak.”

Jolie dan Pitt, berpisah pada September 2016 selepas lebih 10 tahun bersama dan perkahwinan dua tahun.

Jolie, yang memfailkan perceraian menyebut perbezaan yang tidak dapat dipulihkan lagi dan menuntut jagaan utama enam anak mereka, tiga daripadanya adalah anak kandung pasangan itu sendiri manakala tiga lagi adalah anak angkat mereka.

Kenyataan pada Jumaat itu tidak mengatakan bagaimana jagaan akan dibahagikan, dan jurucakap Jolie menolak untuk memberikan butir-butir.

Satu tarikh bicara mengenai kes penjagaan telah ditetapkan buat sementara waktu pada 4 Disember di hadapan seorang hakim persendirian di Los Angeles.

Satu sumber hampir dengan Jolie mengatakan yang aktres itu “sangat gembira akan memasuki peringkat berikutnya dan berasa lega dengan perkembangan untuk kebahagiaan keluarga mereka.”

Pemfailan perceraian pada tahun 2016 mencetuskan pertikaian jagaan yang pahit dengan Pitt telah disiasat dan dibersihkan daripada penderaan kanak-kanak, dan kedua-dua pihak menuduh satu sama lain mencuba untuk memanipulasi liputan media.

Pasangan itu masih belum mencapai satu penyelesaian penceraian akhir.

Pelakon ‘Moneyball’ Pitt, 54, dan bintang ‘Maleficent’ Jolie, 43, mula berpacaran pada lewat 2005 dan berkahwin pada 2014. Mereka ialah ibu bapa kepada Maddox, 17, Pax, 15, Zahara, 13, Shiloh, 12, dan kembar berumur 10 tahun Knox dan Vivienne. — Reuters

Advertisement