Anda di sini

Puluhan ribu Muslim Indonesia berhimpun di Jakarta

Advertisement
 Gambar rakaman Antara Foto menunjukkan puluhan ribu Muslim Indonesia menghadiri rali peringatan siri rali yang bermula pada lewat 2016 di Jakarta, semalam. — Gambar Reuters
PERHIMPUNAN RAKSASA: Gambar rakaman Antara Foto menunjukkan puluhan ribu Muslim Indonesia menghadiri rali peringatan siri rali yang bermula pada lewat 2016 di Jakarta, semalam. — Gambar Reuters

JAKARTA: Puluhan ribu Muslim Indonesia mengadakan rali di Jakarta semalam diketuai oleh kumpulan penentang yang menghasut untuk menjatuhkan gabenor Kristian di bandar tersebut, menunjukkan pengaruh yang berkembang bagi kumpulan Islamis sebelum pilihan raya pada 2019.

Rali itu telah dihadiri oleh bekas jeneral, Prabowo Subianto, nasionalis yang mempunyai hubungan kuat dengan pihak Islamis yang cuba untuk menjatuhkan Presiden Joko Widodo dalam pilihan raya pada tahun depan selepas kalah tipis pada 2014 semasa kempen yang sangat sengit.

Orang ramai, kebanyakannya berpakaian serba pakaian putih dan membawa bendera Islam, mula berkumpul di Tugu Negara di Jakarta dari sekitar jam 3 pagi waktu tempatan untuk bersolat.

“Kami berasa bangga kerana Islam di Indonesia adalah Islam yang menyatukan dan disatukan serta akan mengekalkan kedamaian untuk semua orang,” menurut  Subianto dalam satu ucapan.

Ribuan orang anggota polis telah diarahkan bersedia namun rali itu berjalan dalam keadaan aman.

Pihak penganjur menyatakan pergerakan mereka sebagai pertemuan semula siri rali bermula pada lewat 2016 yang menyasarkan gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama, pegawai Kristian dari etnik Cina pertama yang memegang tugas tersebut, yang telah didakwa sebagai menghina Al-Quran.

Ketegangan agama dan politik menular sepanjang tempoh ini dan kemudian gabenor Purnama, sekutu kepada Presiden Widodo, kalah dalam usahanya untuk perlantikan semula kepada seorang lawan beragama Islam dan kemudian dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana mempersendakan Tuhan.

Kumpulan penentang Islam diharamkan di bawah rejim pemerintahan autoritarian Presiden Suharto, yang berakhir pada 1998, namun mereka telah mendapat tempat sejak beberapa tahun ini, muncul dari masyarakat yang dipinggirkan di negara majoriti Islam terbesar di dunia.

Widodo, yang merupakan pemimpin berfikiran sederhana, telah memilih seorang ulama berusia 75 tahun, Ma’ruf Amin, sebagai rakan bertandingnya dalam pilihan raya tahun depan, menimbulkan kebimbangan dalam kalangan segelintir pihak bahawa beliau sedang memberikan sokongan kepada penduduk Islam konservatif dalam negara pluralis dengan komuniti minoriti yang ketara. — Reuters

Advertisement