Anda di sini

Peter Jackson kembali ke skrin besar dengan filem ‘Mortal Engines’

Advertisement
 

PEMBUAT filem yang memenangi anugerah Oscar, Peter Jackson, akan kembali ke skrin besar dengan filem kembara fantasi ‘Mortal Engines’, sebuah kisah kelangsungan hidup pasca-apokaliptik dalam projek filem cereka pertamanya sejak adaptasinya bagi novel J.R.R. Tolkien yang memenangi anugerah.

Pengarah kelahiran New Zealand itu, yang terkenal kerana trilogi ‘The Lord of the Rings’ dan ‘The Hobbit’, menerbit dan sama-sama menulis skrip untuk filem itu, berdasarkan siri buku orang dewasa muda tulisan Philip Reeve.

Artis kesan visual yang memenangi anugerah Oscar, Christian Rivers, yang bekerja bersama Jackson dalam adaptasi Tolkien selain ‘King Kong’ pada 2005, membuat penampilan sulung sebagai pengarah dalam filem itu, yang berlatarbelakangkan ratusan tahun selepas satu malapetaka memusnahkan tamadun.

“Selepas ‘The Hobbit’ dibuat, kami mengalu-alukan usaha untuk membuat filem ini,” kata Jackson kepada Reuters di tayangan perdana filem berkenaan di London pada Selasa lepas.

“Saya tidak mahu Rivers membuat filem cereka pertamanya dengan orang lain ... Saya mahu menjadi sebahagian daripada usaha untuk membantunya memulakan karier filem cerekanya ... Dia telah menjalankan tugas dengan menakjubkan.”

PETER JACKSON
PETER JACKSON

Di dalam filem itu, manusia hidup di bandar raya gergasi yang bergerak dan memakan bandar kecil.

Satu kumpulan yang terdiri daripada seorang penjenayah, orang terbuang dan seorang wanita misteri mengetuai pemberontakan untuk menentang satu bandar raya pemangsa sedemikian, London.

“Ia adalah kebimbangan untuk menyatakan ya kerana saya tahu ia memerlukan usaha dan ia juga ketakutan untuk berkata tidak, jika saya kata tidak dan orang lain membuatnya dan ia tidak bagus, saya pasti akan memarahi diri,” kata Rivers tentang mengarah ‘Mortal Engines’.

“Ia merupakan sebuah kereta api pengangkutan, ia adalah sebuah filem besar yang masuk dan saya perlu melompat ke atasnya dan menaikinya.”

Selain kerjanya dalam jabatan kesenian, Rivers merupakan pengarah unit kedua dalam dua filem ‘Hobbit’ terakhir, dengan filem terakhir yang dikeluarkan pada 2014.

Sejak itu, Jackson mengarah dokumentari Perang Dunia Stau ‘They Shall Not Grow Old’, yang dikeluarkan pada bulan ini.

‘Mortal Engines’ memaparkan barisan pelakon muda yang diketuai aktres dari Iceland, Hera Hilmar.

Pelakon  ‘Matrix’ dan ‘The Hobbit’, Hugo Weaving, turut berlakon dalam filem itu. — Reuters

Advertisement