Anda di sini

Lelaki disabit kesalahan mencabul kehormatan kakak ipar

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan yang disabitkan dengan kesalahan mencabul kehormatan kakak iparnya, kekal menjalani pemenjaraan 42 bulan dan dikenakan tiga sebatan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nurchaya Hj Arshad membuat keputusan itu terhadap perayu yang berusia 37 tahun, selepas mengenepikan rayuan atas hukuman.

Perayu dijatuhkan hukuman itu pada 21 November tahun lalu, selepas mengaku salah atas pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntukkan penjara selama tempoh sepuluh tahun atau denda dan sebat, atau dua daripadanya.

Perayu menggunakan kekerasan jenayah mencabul mangsa yang berusia 28 tahun pada waktu kejadian, pada 15 November tahun lalu jam 9.59 pagi di sebuah rumah kampung, daerah Penampang.

Terdahulu peguam Hamid Ismail menyatakan mahkamah rendah tidak mempertimbangkan pengakuan salah perayu sebelum menjatuhkan hukuman.

Namun Timbalan Pendakwaraya Nartiah F. Michelle Sambatan menegaskan, perayu dan mangsa mempunyai pertalian kekeluargaan yang rapat.

Tambahnya dalam kes berkenaan,  perayu sudah melakukan kesalahan yang serius.

Nurchaya semasa menyampaikan penghakimannya berkata, keputusan mahkamah rendah betul dan perbuataan perayu satu kesalahan yang sangat ditegah dalam masyarakat.

  • oleh
  • Advertisement