Anda di sini

Ibu tunggal didenda RM5,000

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga asing yang mencari pelanggan bagi maksud persundalan, dikenakan denda sebanyak RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Afiq Agoes menjatuhkan hukuman itu terhadap seorang ibu tunggal Zou Yuan Jing, 36, yang mengaku salah atas pertuduhan terbabit.

Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, mahkamah memerintahkan penjara selama empat bulan dikenakan.

Tertuduh didapati memberikan khidmat seks kepada seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun, di sebuah bilik hotel di sini, pada 27 November jam 3.40 petang.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan, memperuntukkan penjara selama setahun atau denda, atau kedua-duanya.

Semasa rayuan peguam Dominic Chew merayu supaya mempertimbangkan pengakuan salah tertuduh yang sudah menjimatkan masa mahkamah.

Tambahnya anak guamnya juga mempunyai seorang anak berusia tujuh tahun yang memerlukan jagaannya.

Bagaimanapun Pegawai Pendakwa Insp Lim Swee Beng meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

  • oleh
  • Advertisement