Anda di sini

Tabika KEMAS Kampung Merdang Lumut anjur Majlis Makan Malam Akhir Tahun 2018

Advertisement
 Pengerusi Tabika KEMAS Kampung Merdang Lumut, Steward menyampaikan cenderamata kepada Ratnawati.
UNTUK KENANGAN: Pengerusi Tabika KEMAS Kampung Merdang Lumut, Steward menyampaikan cenderamata kepada Ratnawati.
 Cikgu KEMAS dan pembantu mengambil gambar bersama untuk kenangan.
CANTIK: Cikgu KEMAS dan pembantu mengambil gambar bersama untuk kenangan.
 Ratnawati (dua kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang hadiah cabutan bertuah.
TUAH BADAN: Ratnawati (dua kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang hadiah cabutan bertuah.

TABIKA KEMAS Kampung Merdang Lumut telah mengadakan Majlis Makan Malam Akhir Tahun 2018 di Penview Hotel Kuching baru-baru ini.

Acara majlis makan malam tersebut diadakan bagi meraikan kanak-kanak berumur enam tahun dan yang berpindah ke prasekolah lain.

Tetamu VIP yang hadir bagi memeriahkan seterusnya merasmikan majlis tersebut ialah Penyelia Komuniti KEMAS Samarahan Ratnawati Jamel mewakili Pegawai KEMAS Bahagian Samarahan Riza Johari.

Di samping menikmati makan malam, kanak-kanak dan ibu bapa turut berhibur dengan nyanyian karaoke, cabutan bertuah dan persembahan daripada kanak-kanak.

Majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan ‘catwalk’ oleh kanak-kanak dan ibu bapa yang cukup santai tetapi bersemangat.

‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’ cukup sinonim dengan pencapaian tarian kanak-kanak berumur enam tahun yang telah mengharumkan nama Tabika KEMAS yang diiringi oleh guru-guru Alana Subit, Ellia Wa dan Anifa Raen serta pembantu KEMAS apabila berjaya menjadi johan pada Hari Potensi Peringkat Zon 2.

Kumpulan kanak-kanak tersebut seterusnya mara ke peringkat negeri tetapi hanya mampu meraih tempat ketiga.

Tabika KEMAS Kampung Merdang Lumut tidak patah semangat dan telah membuat persembahan tarian pada program ‘Sarawak Kids Got Talent’ dan berjaya menjadi johan dalam acara tarian bebas.

Dengan segala pencapaian tersebut diharap kanak-kanak ini akan terus berjaya pada  masa akan datang.

Advertisement