Anda di sini

Priyanka & Nick langsungkan perkahwinan hari ini

Advertisement
 Priyanka Chopra dan Nick Jonas semasa tiba di Jodhpur kelmarin. Pasangan itu akan berkahwin dalam satu siri upacara di Jodhpur pada hari ini. — Gambar AFP
HARI BAHAGIA: Priyanka Chopra dan Nick Jonas semasa tiba di Jodhpur kelmarin. Pasangan itu akan berkahwin dalam satu siri upacara di Jodhpur pada hari ini. — Gambar AFP

AKTRES Bollywood Priyanka Chopra dan penyanyi Amerika Nick Jonas mendarat di Jodhpur pada Khamis lepas manakala keterujaan mengenai perkahwinan mereka, yang digelar “perkahwinan paling hebat’ di India, mencapai tahap maksimum.

Pasangan superstar itu melambai dan senyum kepada jurugambar ketika mereka meninggalkan lapangan terbang di ‘Kota Biru’ yang disanjungi di India di mana mereka akan mengikat tali perkahwinan dalam siri upacara yang gilang-gemilang pada hujung minggu ini.

Chopra, 36, dan Jonas, 26, dijadual berkahwin di hotel mewah Umaid Bhawan Palace di kota tersebut, dalam negeri gurun barat Rajasthan, hari ini (Sabtu).

Mereka disertai di India oleh keluarga masing-masing, termasuk abang Jonas, Joe Jonas, dan tunangnya yang juga aktres British dan bintang ‘Game of Thrones’, Sophie Turner.

Media India penuh dengan butiran dan spekulasi tentang hari besar itu, manakala peminat Bollywood menghitung hari ke hari perkahwinan paling hebat itu.

“Dia salah seorang aktres terbaik di India dan dia cantik. Seluruh India teruja mengenai perkahwinannya,” kata seorang peminat, Prakash Pujari, di luar sebuah pawagam di Mumbai, tempat asal Bollywood.

Chopra, yang memenangi pertandingan ratu cantik Miss World pada 2000, merupakan salah seorang bintang yang paling dikenali di Bollywood dan seorang daripada segelintir bintang yang telah mencapai kejayaan di dunia Barat.

Dia berlakon dalam siri aksi ABC ‘Quantico’ dan mengeluarkan lagu bersama artis yang menduduki tempat teratas dalam carta AS termasuk Pitbull dan The Chainsmokers.

Jonas pertama kali mengecapai kejayaan ketika kanak-kanak, sebagai penyanyi utama kumpulan The Jonas Brothers bersama dua adik beradiknya.

Adik beradik itu berasal daripada sebuah keluarga Kristian yang amat taat dan mengemukakan imej yang menyegarkan, termasuk memakai cincin kesucian untuk memupuk kesucian.

Sejak beberapa tahun lalu, Jonas mengubah diri dengan imej yang lebih matang dan resah, selain turut beralih kepada bidang lakonan.

Pasangan itu bertunang pada Ogos lalu, dan berkongsi gambar dalam media sosial yang menunjukkan mereka menjalani upacara sembahyang dengan mengenakan pakaian tradisional India. — AFP

Advertisement